MANCHU | Manchu ialah bangsa yang menakluki China pada tahun 1600-an. Kebanyakan orang Manchu tinggal di Manchuria, di timur laut China. | UMUM | |
AGAMEMNON | Agamemnon dalam mitologi Yunani, memimpin tentera Yunani yang menakluki Troy dalam Perang Trojan. Agamemnon ialah Raja Mycenae (atau Argos). Dia berkahwin dengan Puteri Clytemnestra. Anak-anaknya termasuk Electra, Iphigenia, dan Orestes. | UMUM | |
SEMIRAMIS | Semiramis ialah ratu mitos Assyria. Dia dianggap pengasas bandar purba Babylon dan menakluki Parsi (kini Iran) dan Mesir. Dia ialah anak perempuan kepada seorang pemuda Syria dan dewi ikan. Ibunya meninggalkannya dan dia telah diberi makan oleh merpati. Apabila dewasa, Semiramis menjadi wanita yang cantik dan berkahwin dengan Raja Ninus, raja Assyria. Dia menjadi ratu setelah kematian suaminya, dan memenangi banyak peperangan. Namun begitu, anaknya telah menggulingkannya. Herodotus pernah mengatakan bahawa Semiramis menjadi permaisuri Babylon pada tahun 700 S.M. | UMUM | |
PERTEMPURAN ASHDOWN | Pertempuran Ashdown (871 M.) ialah pertempuran yang berlaku semasa kempen Denmark untuk menakluki England pada akhir tahun 800–an M. | UMUM | |
PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU | PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU, pemerintahan Jepun di Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua. Kejayaan Jepun menakluki Tanah Melayu dalam masa yang singkat berkait rapat dengan penyesuaian taktik peperangan tentera Jepun dengan China di medan perang sejak tahun 1937. di samping itu, kelemahan pertahanan British kerana tumpuan kepada pertahanan di Eropah.
| SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
SYARIKAT HINDIA BARAT BELANDA | Syarikat Hindia Barat Belanda ditubuhkan oleh ahli perniagaan Belanda dan dipiagamkan oleh kerajaan Belanda pada tahun 1621. Syarikat ini diberikan hak istimewa untuk berniaga dan menakluki kawasan di Amerika Utara, Hindia Barat dan Afrika untuk selama 24 tahun. Tanah jajahan New Netherland termasuk sebahagian negeri-negeri yang kini dikenali sebagai New York, New Jersey, Delaware, dan Connecticut. Tanah jajahan ini ditubuhkan oleh Syarikat Hindia Barat Belanda dan beribu pejabat di New Amsterdam (kini New York City). Lihat juga New Netherland. | UMUM | |
AGRICOLA, GNAEUS JULIUS | Agricola, Gnaeus Julius (37 M.–93 M.), jeneral Rom yang berkaliber. Dia diberikan kuasa memerintah Britain oleh Maharaja Domitian kira- kira pada tahun 77 M., dan diarahkan untuk menakluki England. | UMUM | |
SYOGUN | Syogun ialah gelaran bagi pemerintah feudal Jepun yang agung. Istilah syogun bererti panglima agung dalam bahasa Jepun, dan merupakan singkatan bagi suatu gelaran yang bermakna Generalismo yang Menakluki Orang Gasar. | UMUM | |
XERXES I | Xerxes I (519? – 465 SM), memerintah Empayar Parsi dari tahun 486 S. hinggalah baginda mangkat. Baginda menggantikan ayahandanya, Darius I dan menghabiskan masa beberapa tahun cuba mencapai cita-cita bapanya untuk menakluki Greece. | UMUM | |
PUTERA WALES | Putera Wales ialah gelaran yang diberikan kepada waris putera sulung takhta kerajaan United Kingdom. Baginda biasanya ialah putera sulung raja, melainkan putera itu telah mangkat ataupun telah melepaskan gelaran tersebut. Edward I, raja Inggeris yang menakluki Wales pada tahun 1282, mengalahkan Llywelyn, Putera Wales, yang terakhir. Llyweln mangkat dalam pertempuran kecil dengan tentera Inggeris. Pada tahun 1301, Edward memberikan gelaran itu kepada putera sulungnya. Kemudian, putera ini menjadi raja yang dikenali sebagai Edward II. Semenjak pemerintahan Edward II, hampir kesemua waris putera sulung takhta kerajaan Britain menerima gelaran ini. | UMUM | |