ILUSTRASI | Ilustrasi ialah gambar yang menerangkan dan menambah minat kepada bahagian penulisan bahan bercetak seperti buku. Terdapat pelbagai jenis ilustrasi dan ia boleh dikeluarkan semula melalui pelbagai proses. | UMUM | Umum |
ADVERBA | Adverba ialah golongan kata yang menambah makna kepada kata kerja, adjektif, atau adverba lain. Adverba mungkin terdiri daripada kata tunggal (quickly), frasa (in the morning) atau klausa (if the meeting continues). | UMUM | |
KALKULATOR | Kalkulator ialah peranti yang digunakan untuk menambah, menolak, mendarab, dan membahagi dengan lebih tepat dan cepat. | UMUM | |
AMBAL DAN PERMAIDANI | Ambal dan permaidani ialah fabrik yang digunakan sebagai hamparan. Ia menambah kecantikan, keselesaan, dan kehangatan kepada bilik dan ia membantu menyerap bunyi. Ambal hanya menutupi sebahagian daripada lantai bilik dan tidak dilekatkan. Permaidani menutupi keseluruhan lantai dan dipakukan atau dilekatkan. | UMUM | |
MAKANAN NYAHHIDRAT | Makanan nyahhidrat ialah makanan yang telah diawet dengan cara pengeringan. Menambah air kepada makanan demikian menjadikannya sedia untuk dimakan atau dimasak. Susu kering dan keluaran tenusu, sup, kopi, teh, rempah-ratus, gelatin, campuran pencuci mulut, dan makaroni dijual di kedai. Makanan nyahhidrat lain yang biasa didapati termasuk yis, keju, dan keluaran telur. | UMUM | |
KOSMETIK | Kosmetik ialah bahan yang digunakan pada tubuh seseorang untuk membersihkan, menambah kecantikan, atau mengubah perawakan seseorang. | UMUM | |
POPULISME | Populisme ialah pergerakan politik Amerika yang mencapai puncak kekuatannya pada tahun 1890-an. Populis ini mendesak supaya kerajaan menambah penawaran wang, memperketatkan peraturan kerajaan terhadap perniagaan, dan perubahan lain yang dipercayai boleh membantu golongan petani dan buruh. Selain itu, mereka juga melaungkan pembaharuan untuk meningkatkan kuasa politik pengundi. Ramai pemimpin pergerakan ini terdiri daripada tokoh pelbagai warna kulit yang meniupkan keresahan di kalangan orang ramai dengan ucapan yang membangkitkan semangat. | UMUM | |
SIRI | Siri dalam matematik, ialah jumlah urutan sesuatu bilangan. Contohnya, set nombor 2, 4, 6, 8, 10 membentuk satu urutan. Jika anda menambah nombor ini, ia membentuk siri 2 + 4 + 6 + 8 + 10. Satu urutan boleh merupakan mana-mana set sebutan (ungkapan nombor atau algebra) yang disusun dalam tertib tertentu. Satu contoh urutan yang mempunyai sebutan algebra ialah a, ar, ar², ar³, ar4. Siri berkaitan ialah a + ar + ar² + ar³ + ar 4. Satu siri seperti ½ - . mengandungi sebutan positif dan negatif. | UMUM | |
MODAL | Modal adalah istilah ekonomi bermaksud kekayaan, selain daripada tanah, yang digunakan untuk menambahkan kekayaan. Wang simpanan adalah modal, kerana digunakan untuk menambah kekayaan menerusi faedah atau dividen. Tanah dan sumber-sumber semula jadi tidak dikira sebagai modal kerana bukan dikeluarkan oleh manusia. Kebanyakan aset yang digunakan dalam perniagaan adalah modal, kerana ia digunakan untuk mendapatkan keuntungan. Barang-barang peribadi seperti makanan, perabot, dan pakaian dianggap sebagai harta, tetapi bukannya modal. Barang-barang ini tidak menambahkan kekayaan. Terdapat dua jenis modal perniagaan, modal tetap dan modal kerja. | UMUM | |
TAUFAN | Taufan ialah ribut tropika tekanan rendah yang berlaku di barat Lautan Pasifik. Taufan adalah seakan-akan hurikan (lihat Hurikan ). Taufan bermula berhampiran khatulistiwa dan bergerak ke barat, sambil menambah kekuatan dan saiznya. Ia akan mara dengan perlahan, biasanya lebih kurang 15 kilometer hingga 25 kilometer sejam. Tetapi angin yang berputar di tengah adalah sangat kuat, dengan kelajuan 240 kilometer sejam. Garis pusat sesuatu taufan boleh berukuran 480 kilometer. | UMUM | |