TAPAK KAKI RATA | Tapak kaki rata ialah keadaan lengkung panjang tapak kaki yang diwarisi kelihatan rata dari jatuh. Keadaan ini akibat daripada ligamen yang lemah yang menyebabkan ketidakmampuan untuk menampung lengkung tapak kaki. Ramai yang percaya bahawa tapak kaki yang rata boleh menyebabkan rasa sakit. Pada dasarnya, anggapan ini tidak benar, kerana ketinggian lengkung tapak kaki tidak memberikan kesan kepada bagaimana tapak kaki berfungsi. Walau bagaimanapun, keadaan ini mungkin boleh menyebabkan rasa kurang selesa, yang mungkin dapat dikurangkan dengan reka bentuk kasut yang dapat menampung lengkung tapak kaki. | UMUM | |
TEKANAN REKA BENTUK PENGAGIHAN GAS | Nilai tekanan teori yang diperoleh dengan menggunakan formula reka bentuk tertentu. Penentuan nilai ini dibuat dengan mengambil kira aspek keperluan penggunaan gas di sektor hiliran dan keupayaan sistem pembekalan untuk menampung keperluan pelanggan. Tekanan reka bentuk diperkenalkan bagi menjamin kemantapan bekalan gas kepada pengguna, khususnya industri yang memerlukan bekalan gas secara berterusan. Tekanan reka bentuk juga bertujuan menjamin keselamatan ruang laluan gas agar tidak melebihi had tekanan selamat yang ditetapkan untuk paip laluannya. | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
MEXICO CITY | Mexico City ialah ibu negara Mexico dan salah satu daripada bandar raya yang terbesar di dunia. Lebih daripada lapan juta penduduk tinggal di Mexico City. Kawasan metropolitannya menampung seramai 15 juta penduduk. Mexico City merupakan bandar utama antara kawasan pusat bandar dunia yang paling pesat penduduknya (lihat Bandar raya: [jadual: bandar terbesar di dunia]). Bandar ini merupakan pusat perdagangan, pengajian tinggi, industri, kebudayaan, dan pengangkutan. | UMUM | |
TANAH BENCAH | Tanah bencah ialah sebuah kawasan tanah yang aras airnya kekal hampir atau di atas permukaan tanah selama hampir sepanjang tahun. Tanah bencah meliputi kira-kira enam peratus daripada permukaan tanah bumi. Ia menampung pelbagai jenis haiwan dan kehidupan tumbuh-tumbuhan dan merupakan satu daripada ekosistem dunia yang paling produktif (subur) dari segi biologi. Tanah bencah pantai, muara dan kukup ialah tempat bertelur dan pembiakan yang penting bagi ikan dan kerang-kerangan. Tanah bencah juga berupaya menyaring keluar keseluruhan pencemaran dalam air seperti virus daripada kerja kumbahan atau logam berat daripada loji industri. | UMUM | |
PUNDI HEMPEDU | Pundi hempedu ialah kantung kecil yang menyimpan hempedu. Sebilangan besar haiwan yang mempunyai tulang belakang, mempunyai pundi hempedu. Pundi hempedu bagi manusia ialah kantung berbentuk buah pear yang terletak di sebelah bawah bahagian kanan hati. Pundi hempedu boleh menampung kira-kira 45 milimeter hempedu pada suatu ketika . Pangkal pundi hempedu disambungkan melalui sebuah tiub yang dinamakan duktus sistik , yang memasuki duktus hepatik dari hati. Kedua-dua tiub ini membentuk duktus hempedu . | UMUM | |
EMBUN | Embun ialah nama yang diberikan kepada manik air yang gemerlapan yang biasanya terdapat pada permukaan daun, rumput dan di atas kereta pada pagi yang cerah. Embun terbentuk apabila udara yang berada di permukaan tanah menyejuk pada satu titik sehingga tidak boleh lagi menampung wap air. | UMUM | |
BIRO KESUSASTERAAN BORNEO | BIRO KESUSASTERAAN BORNEO, jabatan dalam kerajaan Sarawak dan Sabah, khususnya menampung semua keperluan yang berkaitan dengan kesusasteraan. Biro ini ditubuhkan pada 15 September 1959, dan dikendalikan atas dasar separa-perdagangan, iaitu bekerjasama dengan badan-badan lain dalam perdagangan buku. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
AMERIKA SELATAN | Amerika Selatan ialah benua keempat terbesar selepas Asia, Afrika, dan Amerika Utara dari segi keluasan dan yang kelima selepas Asia, Eropah, Afrika, dan Amerika Utara dari segi jumlah penduduk. Amerika Selatan meliputi kira-kira 12 peratus daripada keseluruhan daratan dunia dan menampung kira-kira enam peratus daripada keseluruhan penduduk dunia. Benua ini terbahagi kepada 12 negara merdeka dan dua unit politik yang lain. | UMUM | |
JABATAN LINGUISTIK UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA | JABATAN LINGUISTIK UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, jabatan yang ditubuhkan pada 1 Mei 1984 untuk menampung pengajian ilmu linguistik di Universiti Kebangsaan Malaysia yang sebelum ini terletak di bawah Jabatan Persuratan Melayu. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
MACARTHUR, JOHN | Macarthur, John (1767–1834), mengasaskan industri bulu biri-biri di Australia. Dia tiba di New South Wales pada tahun 1790, sebagai pegawai tentera British. Pada waktu itu kerajaan British menganggap koloni tersebut semata-mata sebagai sebuah petempatan penal dan peneroka yang tiba terpaksa berusaha sendiri untuk menampung hidup mereka. Macarthur mempunyai wawasan yang berbeza. Dia percaya bahawa peneroka yang telah dibebaskan boleh mengembangkan perdagangan dan pertanian di New South Wales dan menjadikan diri mereka dan koloni tersebut kaya. Dia berpegang kuat kepada kepercayaan ini dan berjuang untuk menjayakannya sepanjang hidupnya. Dia berjuang tanpa kompromi dan dengan perasaan yang sombong. Akibatnya, dia mempunyai sedikit sahabat dan banyak musuh. | UMUM | |