Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.nga.ni] | مناڠني

Definisi : 1. mengerjakan (sendiri), mem­buat sendiri, mengusahakan: pekerjaan yg berat-berat pun ditanganinya; masih belum ada sesiapa pun antara kita yg ~ bidang ini secara bersungguh-sungguh; 2. = me­nangan­kan memukuli (dgn tangan) supaya jera, mengajar: kalau tidak menge­nang­kan ke­­tololan adiknya, tadi lagi sudah di­ta­nga­­­­­ni­­­­nya; suruh dia datang sekarang juga, kalau tidak akan aku tangankan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.nga.ni] | مناڠني

Definisi : 1 membuat atau mengusahakan se­suatu. 2 memukul orang dgn tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangan (kata nama)
1. Bersinonim dengan anggota badan: lengan
Berantonim dengan kaki

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan kuasa, pengaruh, perintah, pegangan,

Kata Terbitan : menangani, menangani, menangankan, penangan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DERMATOLOGI

Dermatologi ialah cabang perubatan yang

menangani pencegahan, diagnosis dan rawatan

penyakit kulit. Doktor yang mengkhusus dalam

bidang ini dikenali sebagai ahli dermatologi.

UMUM 
PROSTETIK

Prostetik ialah cabang dari bidang perubatan

yang menangani penyediaan bahagian palsu untuk

tubuh. Bahagian palsu yang dikenali sebagai

prostesis , menggantikan sesuatu bahagian tubuh

yang hilang disebabkan oleh kecederaan, penyakit

atau kecacatan sejak lahir. Prostesis memenuhi satu

atau lebih daripada tiga tujuan asasnya: (1) Sedapat

mungkin meniru fungsi bahagian yang hilang.

(2) Menjadi struktur sokong bagi tisu yang masih

ada, dan (3) Menambah baik rupa seseorang. Set

gigi palsu ialah suatu contoh prostesis yang

memenuhi ketiga-tiga tujuan di atas.

UMUM 
PERUBATAN VETERINAR

Perubatan veterinar ialah cabang perubatan

yang menangani penyakit haiwan. Doktor haiwan

dikenali sebagai doktor veterinar . Khidmat mereka

terutamanya bernilai kerana banyak penyakit haiwan

boleh menjangkiti manusia. Penyakit demikian

dikenali sebagai zoonose . Ia termasuk rabies ,

bruselosis, tuberkulosis, psitakosis (demam nuri)

dan tularemia (demam arnab).

UMUM 
SAINS

Sains meliputi bidang ilmu pengetahuan yang luas

yang menangani fakta cerapan dan hubungan

antara fakta tersebut. Perkataan sains berasal

daripada perkataan Latin scientia yang bererti

pengetahuan. Ahli sains mengkaji berbagai-bagai

jenis perkara. Contohnya, sesetengah ahli sains

mencari bukti tentang asal usul alam semesta.

Penyelidik yang lain mengkaji struktur molekul di

dalam sel tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang

hidup. Penyelidik atau ahli sains yang lain mengkaji

tentang mengapa kita bertingkah laku sedemikian,

atau cuba pula menyelesaikan masalah matematik

yang rumit. Namun, dalam apa pun bidang kajian

mereka, semua ahli sains mengkaji bagaimana cara

dunia berfungsi.

UMUM 
DONATELLO

Donatello (kira-kira 1386–1466) ialah pengarca

Itali yang agung. Dia merupakan pakar dalam

semua teknik dan bahan seni arca, dan seolah-olah

dapat menangani sebarang subjek dalam gaya

yang menarik.

UMUM 
PSIKOLOGI KLINIKAL

Psikologi klinikal ialah kajian saintifik,

diagnosis dan rawatan terhadap orang yang

mengalami masalah psikologi untuk menyesuaikan

dirinya sendiri dengan keadaan persekitarannya.

Ahli psikologi klinikal menangani tingkah laku

normal dan abnormal. Mereka menjalankan dan

mentafsir ujian psikologi, dan membantu dalam

diagnosis serta rawatan bagi gangguan mental.

Mereka juga mengkaji struktur dan perkembangan

personaliti.

UMUM 
SATIE, ERIK

Satie, Erik (1866–1925), penggubah Perancis,

menghabiskan seluruh kerjayanya dengan

mencabar konvensyen muzik yang mapan. Satie

tidak mementingkan peraturan dalam muzik, dan

dia amat tidak gemar akan romantisme dan

impresiosisme. Caranya menangani bentuk

harmoni dan muzik berjaya mempengaruhi

banyak penggubah.

UMUM 
MAKMAL KEBANGSAAN LOS ALAMOS

Makmal Kebangsaan Los Alamos, di Los

Alamos, New Mexico, adalah salah sebuah

institusi penyelidikan yang terkemuka di dunia.

Institusi ini terlibat terutamanya dalam

penyelidikan penggunaan sains dan teknologi

untuk menangani masalah yang berkaitan dengan

keselamatan negara Amerika Syarikat. Aktiviti di

makmal ini termasuklah pembangunan kepala

peledak nuklear, pengeluaran dan pengujian

bahan nuklear, dan penciptaan reka bentuk

senjata baharu. Makmal ini juga bertanggungjawab

membangunkan teknologi yang dapat digunakan

dalam pengesahan bahawa negara-negara lain

mematuhi perjanjian mereka untuk mengawal

pengeluaran senjata. Penyelidikan lain yang

dilaksanakan oleh makmal ini tertumpu kepada

bidang seperti fizik nuklear, pembekalan tenaga

oleh Amerika Syarikat, dan pembuangan sisa

nuklear.

UMUM 
SURAH AL-TARIQ

Surah al-Tariq ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-86 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 17 ayat.

Surah ini dinamakan al-Tariq (bintang yang

menembus sinaran cahayanya) kerana di

permulaan surah ini Allah S.W.T. bersumpah

dengan perkataan itu. Surah ini menangani

beberapa masalah berkaitan dengan akidah Islam.

Perbahasan surah ini berkaitan keimanan dengan

hari kebangkitan semula manusia di akhirat.

UMUM 
NAMA PENA

Nama pena ialah nama yang digunakan oleh

pengarang sebagai ganti namanya yang sebenar.

Nama pena juga dikenali sebagai nama samaran .

Ribuan pengarang menggunakan nama pena.

Kebanyakannya adalah novelis popular yang

menggunakan lebih daripada satu nama pena

untuk mengelakkan pasaran dibanjiri dengan karya

yang diterbitkan atas nama yang sama. Penulis

kadangkala menggunakan nama pena untuk

menyembunyikan identiti mereka atas alasan

perundangan, untuk melindungi peribadi mereka

atau kerana mereka menangani karya yang bersifat

sangat peribadi dan kontroversi. Pada tahun 1800-

an, ramai penulis wanita menggunakan nama pena

lelaki kerana wujudnya diskriminasi seks terhadap

penulis wanita.

UMUM 
12

Kembali ke atas