TARIAN DATARAN | Tarian dataran ialah sejenis tarian rakyat di Amerika Utara yang dilakukan secara berkumpulan yang dianggotai oleh empat pasang penari. Pasangan ini boleh menari mengikut susunan segi empat ataupun dalam susunan bulatan yang dikenali sebagai set larian . Mereka juga boleh menari berbaris memanjang , dengan dua baris pasangan bertentangan. | UMUM | |
MAJLIS TARIAN BERTOPENG | Majlis tarian bertopeng ialah nama suatu majlis sosial atau tari-menari di mana topeng dan kostum yang beraneka ragam dipakai. | UMUM | |
DARJAH KEBESARAN GARTER | Darjah Kebesaran Garter ialah darjah pangkat sateria yang tertinggi dan tertua di Great Britain. Ia diasaskan pada tahun 1349 oleh King Edward III. Mengikut legenda semasa King Edward sedang menari dengan Countess of Salisbury di majlis tari-menari yang besar, wanita itu terjatuh getah cerutnya. Tatkala dia memungut dan menyerahkan getah cerut itu kepada wanita tersebut, dia terpandang beberapa orang tersenyum dan menyindirnya. Tindakan ini membuat dia murka, lalu bertitah dalam bahasa Perancis yang bererti “Menyesallah sesiapa yang memperkecilkan benda ini”. Tambahnya lagi, dia akan menjadikan getah cerut itu “begitu mulia sehingga setiap orang mahu memakainya”. | UMUM | |
NUREYEV, RUDOLF | Nureyev, Rudolf (1938–1993) ialah salah seorang penari balet teragung pada tahun 1900- an. Dia menjadi masyhur kerana personaliti persembahannya yang menarik dan teknik tarian yang bertenaga dan penuh perasaan. Nureyev menari lebih daripada 100 peranan. Pada tahun 1962, dia mula menari berpasangan dengan balerina Inggeris yang masyhur, iaitu Dame Margot Fonteyn. Mereka mengadakan persembahan bersama-sama dalam balet seperti Giselle, Swan Lake, dan Les Sylphides . Sebagai koreografer (penggubah tarian), Nureyev mencipta versi baru beberapa balet, termasuk Don Quixote, The Nutcracker, dan Raymonda. | UMUM | |
AEROBIK | Aerobik ialah sistem riadah yang direka untuk meningkatkan bekalan dan penggunaan oksigen di dalam tubuh badan. Senaman ini termasuk berbasikal, menari, berlari-lari anak, mendayung, meluncur, berenang, dan berjalan pantas. Ramai orang mengambil bahagian dalam program aerobik untuk menambahkan ketahanan dan tenaga, serta mendapatkan dan mengekalkan berat badan yang sesuai. Senaman aerobik yang dilakukan secara tetap dapat mengurangkan risiko sakit jantung. | UMUM | |
NIX | Nix ialah nama pari-pari air dalam cerita rakyat Jerman. Nix adalah orang kerdil yang berambut perang dan bergigi hijau, dan mereka hidup di dalam tasik dan sungai. Nix amat menggemari muzik dan menari, dan kadangkala menjemput manusia menghadiri perayaan mereka. Mereka dikatakan muncul sebelum seseorang mati lemas. | UMUM | |
TARIAN HUJAN | Tarian hujan ialah upacara yang dilakukan oleh Orang Asli Amerika dari kawasan barat daya Amerika Syarikat untuk memohon kuasa semangat supaya menurunkan hujan bagi tanaman mereka. Mereka memohon kuasa semangat supaya hujan diturunkan secukupnya dan pada masa yang paling sesuai. Orang Asli Amerika biasanya mengadakan tarian ini pada musim bunga ketika musim menanam dan pada musim panas ketika tanaman sedang membesar. Setiap suku mempunyai upacara tersendiri untuk memanggil hujan. Contohnya, peserta tarian hujan suku Orang Asli Papago, menyanyi dan menari serta minum wain yang diperbuat daripada jus pokok kaktus. Suku Hopi pula menari sambil menggonggong ular orok-orok hidup untuk merangsang dewa mereka agar menurunkan hujan. | UMUM | |
NEREIDS | Nereids ialah 50 dewi laut yang cantik yang menghadiri pertemuan tuhan laut, iaitu Poseidon dan Amphitrite. Nereid ialah anak-anak kepada dewi laut Doris dan Nereus yang juga dikenali sebagai Orang Tua Laut. Nereid tinggal di laut dan timbul di permukaan untuk menari di dalam ombak. Pemimpin mereka ialah Thetis, iaitu ibu kepada wira Archilles. Nereid yang terkenal termasuklah Psamathe dan Galatea. Lihat Andromeda; Nereus. | UMUM | |
JOGET | JOGET, tarian dan lagu Melayu. Joget juga bermaksud ‘menari’ atau ‘bertandak’. Istilah ini digunakan dengan meluas di dunia Melayu sebagai istilah generik bagi seni tari. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
CANGGUNG | CANGGUNG, sejenis tarian yang popular di Perlis. ‘Canggung’ dalam bahasa Thai bermakna menari. Tarian canggung berasal daripada salah sebuah tarian dalam siri tarian makyung laut di Thailand. Tarian ini mula diperkenalkan di Perlis antara tahun 1939 hingga tahun 1940, dan dipopularkan ketika awal pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |