Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.ri/] | مناريق

Definisi : 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat; 2. ki mencabut, mengambil, menghunus, menyedut, dll: kipas-kipas itu hendak-lah dipasang supaya dapat ~ udara yg bersih dr luar masuk ke dlm bilik itu; 3. = ~ hati memikat hati: permainan yg sungguh istimewa dan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.ri/] | مناريق

Definisi : 1 menghela sesuatu supaya bergerak ke arah diri sendiri (supaya keluar, tercabut dll): Kepala kereta api itu dpt ~ tiga puluh tan arang batu mendaki bukit dgn kederasan empat batu sejam. 2 = ~ hati memikat atau menawan hati: Tempat itu indah dan ~. 3 ki menyedut; menghisap. ~ beca mengayuh beca. ~ diri meletakkan jawatan; tidak mahu menerima sesuatu jawatan; berundur dr sesuatu kumpulan, perhubungan dll; mengundurkan diri. ~ layar menaikkan layar. ~ muka masam menunjukkan muka yg masam. ~ nafas menyedut udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tarik
Kata Terbitan : menarik, tertarik, tarikan, penarikan, penarik,

Puisi
 

Sayang Cik Mat anak seorang,
     Pandai menarik kaki dulang;
Lautan besar saya harung,
     Ini pula kekasih orang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Menarik pangkur ke dada.

Bermaksud :

Insaf akan diri sendiri. pangkur = pacul.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAN FRANCISCO

San Francisco , California, ialah salah sebuah

bandar yang paling menarik di dunia dan

merupakan pusat kebudayaan, kewangan dan

perindustrian yang utama di Amerika Syarikat.

Kereta kabel yang bertentangan, pekan China yang

mempesonakan, dan bukit-bukaunya memberikan

bandar ini daya tarikan yang khusus. Keindahan

alam San Francisco serta iklimnya yang sederhana

juga membantu memberikan bandar ini reputasi

sebagai “bandar kegemaran Amerika.” Bandar ini

menarik lebih kurang tiga juta pelancong setiap

tahun.

UMUM 
MIAMI

Miami, Florida (pend. 358 548; pend. kaw. met.

1 937 094) ialah bandar raya peranginan Amerika

Syarikat yang terkenal di dunia. Kawasan

rekreasinya dan cuaca yang panas menarik ramai

pengunjung. Iklimnya yang menyegarkan telah

menarik ramai pesara dari seluruh Amerika

Syarikat berpindah ke sini. Walau bagaimanapun

pada tahun 1990-an, serangan terhadap orang

asing yang dilakukan oleh penjenayah tempatan

yang mendapat publisiti besar-besaran, telah

menjejaskan imej Miami sebagai sebuah pusat

pelancongan. Miami terletak di Teluk Biscayne, di

pantai tenggara Florida, iaitu di muara Sungai

Miami, kira-kira enam kilometer ke barat Lautan

Atlantik.

UMUM 
IKATANIkatan dalam kimia, ialah daya yang menarik
atom antara satu sama lain dan mencantumkannya.
UMUMUmum
PERLUMBAAN MOTOBOT

Perlumbaan motobot ialah sukan yang menarik

dan banyak persaingan. Perlumbaan ini diadakan

untuk menguji prestasi motobot dan kemahiran

pemandunya. Setiap tahun, beribu-ribu orang

bertanding dalam pelbagai perlumbaan motobot.

Kategori perlumbaan berdasarkan faktor seperti saiz

bot, bentuk badan bot serta lokasi dan kekuatan enjin

bot.

UMUM 
ELM

Elm ialah pokok besar yang menarik yang

digunakan untuk teduhan dan kayunya. Terdapat

kira-kira 20 spesies, terutamanya dari kawasan

beriklim sederhana di utara.

UMUM 
MENARA BULAT

Menara bulat merupakan ciri-ciri yang menarik

pemandangan landskap di kebanyakan bahagian

Ireland. Menara-menara ini dibina berdekatan

gereja dan biara antara tahun 900-an M. dan tahun

1200-an. Ia digunakan sebagai menara loceng untuk

membunyikan loceng tangan dan sebagai tempat

persembunyian semasa berlakunya serangan oleh

pihak Viking. Ketinggian menara ini berbeza-beza,

dari 21 meter hingga 38 meter dan berdiameter

dari empat meter hingga 5.5 meter. Menara yang

masih ada dianggarkan berjumlah 100 buah.

UMUM 
MIGNONETTE

Mignonette ialah tumbuhan taman yang

menarik di Eropah dan Amerika Utara. Namanya

berasal daripada perkataan Perancis yang

bermakna little darling. Tumbuhan ini mempunyai

rimbunan daun yang licin, berwarna hijau lembut.

Bunganya yang kecil tumbuh pada spika yang

tinggi. Warnanya putih kekuningan dan di

dalamnya terdapat tangkai debunga berwarna

kemerahan, dan berbau wangi.

UMUM 
ASAM JAWA

Asam jawa ialah pokok malar hijau yang menarik,

yang tumbuh di kawasan tropika. Ia boleh tumbuh

23 meter tingginya. Asam jawa mempunyai daun

yang kecil, berwarna hijau pucat, dan bunga yang

kecil berwarna kuning. Lenggainya kira-kira lapan

hingga 10 sentimeter panjangnya mengandungi biji.

Lenggai ini mengandungi isi masam berwarna

perang yang digunakan untuk membuat minuman

yang menyegarkan. Di India dan Arab Saudi, isi ini

dihimpit menjadi ketulan dan dijual sebagai

makanan istimewa. Asam jawa hiasan ditanam di

bahagian panas yang di dunia.

Pengelasan saintifik: Asam jawa tergolong dalam

famili kacang pis Leguminosae (Fabaceae). Ia adalah

Tamarindus indica .

UMUM 
SIKLAMEN

Siklamen ialah nama sekumpulan tumbuhan

yang menarik yang tumbuh liar di kawasan

Mediterranean di Eropah. Siklamen tumbuh di

hutan jarang dan di kawasan berbatu berserta

belukar. Terdapat 17 spesies siklamen. Ia ditanam

di luar sekiranya iklim mengizinkan, atau ditanam

dalam pasu. Ia tumbuh daripada ubi (batang bawah

tanah). Daunnya berbentuk hati atau berbentuk

kacang dan mempunyai petiol (tangkai daun) yang

panjang. Bunganya berwarna putih, samar, atau

ungu dan tidak berbau wangi. Panjangnya sehingga

6.5 sentimeter.

UMUM 
ACARA TERJUN

Acara terjun ialah sukan air yang menarik.

Seseorang penerjun melompat dari papan anjal

atau pelantar dan melakukan gerakan akrobatik

yang berani di udara sebelum terjun ke dalam air.

Tidak seperti renang, acara terjun menekankan

teknik dan bukan ketahanan atau kelajuan.

Penerjun yang berbakat menggabungkan kekuatan

dan keindahan dengan keberanian semasa

berputar dan bertwis ke arah air, dan akhirnya

melakukan terjun ke dalam air dengan deburan

yang minimum.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas