Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.ri.kan] | مناريکن

Definisi : 1. melakukan sesuatu tari, menari dgn sesuatu tari: maka pendekar pun meng-hampiri lalu ~ inai serta memukul rebana lagu ceracap ini; 2. menggerak-gerakkan (jari-jari) dgn pantas dan lancar (spt gerakan menari (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.ri.kan] | مناريکن

Definisi : melakukan sesuatu sbg tari: Mereka bangun lalu sama-sama ~ Joget Pahang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menarikan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TARIAN ASYIK

TARIAN ASYIK, tarian tradisional negeri Kelantan.  Asyik dalam pengertian tarian ini ialah `kekasih’ dan tarian asyik bererti `tarian kekasih’.  Pada masa dahulu, tarian ini dipersembahkan semasa upacara keramaian di istana raja-raja Kelantan.  Oleh itu, penari-penari asyik ini selalunya terdiri daripada dayang-dayang istana dan mereka dilatih khas dengan kemahiran yang tinggi menarikan tarian ini.  Tarian ini sering mengisi acara majlis perkahwinan, terutamanya pada malam berinai dan malam berinai besar.  Tarian ini juga sering dipersembahkan semasa hari temasya negeri.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas