PERANCANGAN BANDAR | Perancangan bandar ialah proses mengawal pertumbuhan bandar dan pekan. Perancang bandar – orang yang mengendalikan proses ini, menasihati kerajaan mengenai cara memajukan komuniti. Mereka juga menasihati kerajaan dan pemaju hartanah yang merancang untuk memajukan komuniti yang baru. | UMUM | |
ZUCKERMAN, LORD | Zuckerman, Lord (1904–1993) ialah ketua penasihat sains kerajaan United Kingdom dari tahun 1964 hingga tahun 1971. Tugas utamanya ialah menasihati setiausaha luar tentang perlucutan senjata dari sudut sains. Pada masa yang sama, dia bertindak sebagai ketua penasihat sains kepada setiausaha negara bagi pertahanan. | UMUM | |
NABI SYU‘IB A.S. | Nabi Syu‘ib a.s. ialah salah seorang daripada kalangan nabi yang diutuskan oleh Allah SWT kepada penduduk Madyan. Baginda telah berusaha sedaya upaya menyeru mereka mengesakan Allah SWT, menasihati mereka agar meninggalkan penipuan dan helah jahat dan mendorong mereka agar berlaku adil dan saksama serta berkelakuan baik. | UMUM | |
PERJANJIAN GLENEAGLES | Perjanjian Gleneagles ialah ikrar yang dibuat oleh pemimpin Negara Komanwel pada tahun 1977 untuk tidak menggalakkan hubungan sukan dengan Afrika Selatan. Perjanjian itu telah dibuat ketika satu mesyuarat di Hotel Gleneagles, di Kawasan Tayside , Scotland . Para pemimpin menandatangani satu perjanjian bahawa mereka perlu menasihati ahli sukan lelaki dan wanita supaya tidak melawat Afrika Selatan. Tujuan perjanjian itu adalah untuk mengenakan tekanan ke atas kerajaan Afrika Selatan supaya menghapuskan dasar aparteid. Lihat Aparteid. | UMUM | |
SKLEROSIS LATERAL AMIOTROFIK | Sklerosis lateral amiotrofik, juga dikenali sebagai ALS (Amyotrophic Lateral Sclerosis) ialah penyakit sistem saraf yang jarang berlaku dan tidak dapat disembuhkan. Ia juga dikenali sebagai Penyakit Neuron Motor. ALS secara beransuransur memusnahkan saraf yang mengawal otot. Kelemahan, lumpuh, dan akhirnya kematian berlaku. Doktor menasihati pesakit supaya terus aktif selagi mereka boleh. Tiada rawatan yang boleh menghentikan ALS. | UMUM | |
JEMAAH MENTERI | JEMAAH MENTERI, badan yang menjalankan kuasa eksekutif pentadbiran negara. Proses pembentukan Jemaah Menteri atau Kabinet bermula selepas pilihan raya umum, iaitu ketua parti yang mendapat kedudukan majoriti dalam Parlimen dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri. Perdana Menteri kemudiannya menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk melantik menteri yang bertanggungjawab memegang portfolia dan juga menganggotai Jemaah Menteri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SULTAN MUHAMMAD II | SULTAN MUHAMMAD II ( ? -1956), Sultan Terengganu yang ke-12 (1918-1920). Baginda ditabal sebagai Sultan Terengganu setelah Sultan Zainal Abidin III mangkat pada 26 November 1918. Baginda menandatangani perjanjian dengan kerajaan British pada 24 Mei 1919. Dalam perjanjian ini, Terengganu akan menerima seorang penasihat British yang akan menasihati dalam semua perkara mengenai pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan adat dan agama Islam. Dia juga dikehendaki menyediakan laporan belanjawan tahunan untuk tahun 1919. Penasihat British yang pertama dilantik ialah J.L. Humphreys. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MAJLIS AGAMA ISLAM DI MALAYSIA | MAJLIS AGAMA ISLAM DI MALAYSIA, badan yang bertanggungjawab menentukan dasar tentang hal ehwal agama Islam pada peringkat negeri. Sebelum Majlis Agama Islam ditubuhkan, di setiap negeri di Malaysia sudah ada Jabatan Hal Ehwal Islam, Lembaga Bantuan Orang-orang Islam dan Hindu (ditubuhkan pada tahun 1906) dan Lembaga Penasihat Islam (ditubuhkan pada tahun 1915). Jabatan Hal Ehwal Agama Islam yang pertama ditubuhkan di Johor pada tahun 1895. Lembaga Bantuan Orang-orang Islam dan Hindu dan Lembaga Penasihat Islam pula ditubuhkan hanya di Negeri-Negeri Selat iaitu Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Di Negeri-Negeri Selat, dua buah lembaga ini bertanggungjawab menasihati gabenor dalam menjalankan urusan hal ehwal agama Islam. Melalui ketiga-tiga buah organisasi pentadbiran tersebut, hal ehwal agama Islam diurustadbirkan di negeri-negeri Melayu di Semenanjung Malaysia sebelum tahun 1957. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |