Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nau.ngi] | مناءوڠي

Definisi : menyelubungi, meliputi (awan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nau.ngi] | مناءوڠي

Definisi : 1. melindungi, memayungi: maka gagak pun mengembangkan sayapnya ~ segala orang yg duduk itu; 2. ki memberi naungan (kpd negeri lain), menjaga, menga­wali: dahulunya negeri-negeri Melayu itu di­naungi oleh kerajaan Inggeris; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nau.ngi] | مناءوڠي

Definisi : 1 menjadi sbg naungan kpd; melindungi; memayungi: Pohon-pohon ketapang ~ tapak semaian kami. 2 ki memberikan naungan (perlindungan) kpd negara dll: Kerajaan Inggeris telah ~ negeri-negeri Melayu selama lebih drpd lima puluh tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
naung
Kata Terbitan : bernaung, menaungi, naungan, penaungan, penaung,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
THOTH

Thoth ialah dewa bulan Mesir purba yang

menaungi tamadun dan seni intelek seperti

penulisan, astronomi, matematik, perundangan,

sihir, dan perbomohan. Thoth digambarkan

dalam seni sebagai tubuh manusia yang

berkepala burung sekendi. Thoth juga

digambarkan sebagai babun berkepala anjing.

Peranan utama Thoth di alam ghaib ialah

menyelia neraca penimbang roh orang yang

sudah meninggal dunia untuk menentukan sama

ada orang itu bersalah atau tidak. Thoth juga

dikaitkan dengan dewa lain. Thoth dianggap

sebagai jurutulis dewa matahari Re dan malah

ketua pegawai pentadbir Re. Dalam mitos

penciptaan dari Memphis, Thoth menjadi lidah

dewa pencipta, Ptah yang mencipta dunia.

UMUM 
TANJUNG HARAPAN

Tanjung Harapan ialah sebuah semenanjung di

Afrika Selatan. Ia terletak lebih kurang 160 kilometer

ke barat laut Tanjung Agulhas, hujung bahagian

paling selatan Afrika. Tanjung ini menganjur ke

selatan dari Pergunungan Table yang menaungi

bandar Cape Town. Penduduk Afrika Selatan

menyebut semenanjung ini Cape Peninsula . Hujung

bahagian selatan semenanjung ini mereka namai

Cape Point. Semenanjung ini membentuk bahagian

pinggir barat Teluk False. Tanjung Harapan terkenal

dengan pemandangan yang amat indah serta pantai

yang cantik.

UMUM 

Kembali ke atas