Alvarado (1485–1541), membantu Hernando Cortes mengalahkan orang Aztek di Mexico dan menawan Guatemala. Dia lahir di Badajoz. Alvarado pergi ke Hindia Barat pada tahun 1510. Pada tahun 1518, dia menyertai ekspedisi yang diketuai oleh Juan de Grijalva ke Mexico selatan. Alvarado bersama-sama Cortes pergi ke Mexico pada tahun 1519. Selepas menawan Mexico pada tahun 1521, Cortes menghantar Alvarado untuk menawan Guatemala. Alvarado berjaya menawan Guatemala pada tahun 1524 dengan bantuan perikatan Orang Asli Amerika. Pada tahun 1525, dia menawan El Salvador untuk Sepanyol dan mengasaskan pembinaan ibu negaranya, San Salvador. Dia menjadi Gabenor Guatemala dan kemudiaan Gabenor Honduras. |