Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ca.bar] | منچابر

Definisi : 1. menyatakan keraguan akan kesahan atau kebenaran sesuatu, memper­soalkan, mempertikaikan: keputusan mahkamah itu diakui sah dan muktamad dan tidak boleh dicabar oleh badan-badan lain; 2. mengajak berlawan (bertanding, berkelahi), menentang, menyuruh melakukan sesuatu kalau berani: beliau seterusnya ~ puak pembangkang supaya membawa perkara itu ke mahkamah; dia ~ saya bertinju dengannya; 3. menguji kemampuan dan ketabahan seseorang dll (bkn pekerjaan, tugas, usaha, dsb): pekerjaan itu sungguh ~; peranan DBP menjadi lebih ~ lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ca.bar] | منچابر

Definisi : 1 menyuruh seseorang melakukan sesuatu jika berani: Beliau telah ~ pegawai itu supaya mengulang tuduhan tsb. 2 mengajak berlawan utk menentukan siapa yg lebih kuat (lebih pandai dsb); menantang. 3 memerlukan ketabahan, kecekalan, keberanian dsb: tugas yg ~. 4 mempersoalkan sah atau tidaknya (keputusan, pengadilan dll): Tidak seorang pun yg boleh ~ keputusan mahkamah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencabar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SATIE, ERIK

Satie, Erik (1866–1925), penggubah Perancis,

menghabiskan seluruh kerjayanya dengan

mencabar konvensyen muzik yang mapan. Satie

tidak mementingkan peraturan dalam muzik, dan

dia amat tidak gemar akan romantisme dan

impresiosisme. Caranya menangani bentuk

harmoni dan muzik berjaya mempengaruhi

banyak penggubah.

UMUM 
TERJUNAN KUTUB UTARA 1998

Terjunan Kutub Utara 1998 ialah ekspedisi

yang diusahakan bagi membuktikan kemampuan

Malaysia mencuba sesuatu yang mencabar dan

berani bersaing dengan negara-negara maju dunia.

Ekspedisi yang dinamakan ‘Ekspedisi Terjun Bebas

Kutub Utara’ ini dilancarkan oleh Perdana Menteri

Malaysia , Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 29

Mac 1998. Ia diketuai oleh Rahim Dahalan atau

dikenali sebagai ‘Rahim King’.

UMUM 
ARIUS

Arius (256?–336 M.) ialah pendeta di Iskandariah,

Mesir yang mengasaskan pandangan teologi

Kristian awal yang dikenali sebagai Arianisme . Pada

tahun 318 M., Arius mencabar doktrin bahawa

ketiga-tiga orang dalam Triniti Kristian–Bapa, Anak

dan Roh Kudus – adalah sama. Arius mengajar

bahawa Tuhan sebagai Bapa adalah lebih tinggi

kedudukannya daripada Tuhan sebagai Anak iaitu

Jesus Christ, dan kedua-duanya lebih tinggi

daripada Roh Kudus.

UMUM 
SENNECTT, MACK

Sennectt, Mack (1884–1960) ialah perintis dan

penerbit filem yang terkenal kerana komedi bisu

slapstiknya. Ramai bintang komedi bisunya yang

terkenal muncul dalam filem-filem Keystone

Filemnya yang ganas dan kasar itu telah mencabar

kewibawaan sosial. Keystone Kops, terbitannya

yang terkenal telah menambahkan kekacauan di

sebalik menguatkuasakan peraturan. Sennett

memilih watak lucu seperti Rosco Arbuckle yang

“gedempol” untuk menggambarkan gadis jelita

yang jatuh cinta kepada penyangak. Watak ini dan

watak-watak lain sering terlibat dalam adegan

kejar-mengejar yang berakhir dengan pertarungan,

suatu bentuk adegan yang terkenal dalam banyak

filem terbitannya.

UMUM 
SURAH SAD

Surah Sad ialah salah satu dari surah Makkiyyah,

surah yang ke-38 mengikut susunan surah-surah al-

Qur’an dan mengandungi 88 ayat. Sad adalah salah

satu daripada huruf-huruf abjad Arab. Surah ini

dinamakan Sad sebagai isyarat kepada satu

daripada huruf-huruf hija‘iyyah untuk memuji

mukjizat al-Qur’an yang mencabar seluruh manusia

untuk mendatangkan sebuah kitab sepertinya yang

tersusun daripada huruf-huruf tunggal.

UMUM 
SULTAN ABDUL FATTAH AGUNG

SULTAN ABDUL FATTAH AGUNG (? - ?), Sultan Banten (1651 – 1682).  Nama sebenar baginda ialah Sultan Abdulfath Abdul Fattah Agung.  Baginda adalah pemerintah tempatan terakhir yang merdeka di Sunda.  Baginda berusaha mengembangkan Banten sebagai pusat eksport lada dari Sunda dan Lampung.  Baginda juga telah meluaskan lagi hubungan dengan Ambon, Makasar, dan Jawa Timur untuk tujuan pengumpulan hasil rempah.  Sultan Abdul Fattah mengadakan hubungan dengan Perak untuk perdagangan bijih timah.  Hubungan dagang ini juga merupakan usaha baginda mencabar monopoli Belanda.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PEMBUNUHAN AMBON

PEMBUNUHAN AMBON, pembunuhan yang berlaku akibat perselisihan antara orang Belanda dan Inggeris di ambon.  Hingga tahun 1619, ibu pejabat Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) terletak di Ambon, timur Indonesia.  Selepas itu VOC memindahkan ibu pejabatnya ke Betawi, tetap Belanda terus mengekalkan pangkalannya, Fort Victoria, di Ambon.  Belanda mahu memastikan monopoli terhadap perdagangan rempah.  Pegawai VOC di Betawi tidak mahu Syarikat Hindia timur Inggeris membina posnya di Ambon kerana bimbang kehadiran Inggeris boleh mencabar kedudukan Belanda.  Walau bagaimanapun, pada tahun 1619, melalui persetujuan antara Belanda dengan Inggeris, Inggeris dibenarkan membina pos di Ambon dan berkongsi 1/3 daripada perdagangan rempah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
PERTUBUHAN PERPADUAN PEMBEBASAN PATANI

PERTUBUHAN PERPADUAN PEMBEBASAN PATANI, pertubuhan gerila bawah tanah yang ditubuhkan pada tahun 1968. Pertubuhan Perpaduan Pembebasan Patani atau Patani United Liberation Organization (PULO), ditubuhkan untuk mengkoordinasikan beberapa pertubuhan gerila yang bergerak menentang pemerintah Thailand di empat wilayah Thailand Selatan, iaitu Patani, Yala, Narathiwat dan Satun. Dua buah gerakan lain yang berjuang untuk kemerdekaan Patani ialah Barisan Nasional Pembebasan Patani (BNPP) yang ditubuhkan pada tahun 1959 oleh Tengku Abdul Jalal (Adul Na Saiburi) dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) yang diasaskan oleh Ustaz Abdul Karim Hassan pada tahun 1963. Aktiviti pertubuhan-pertubuhan ini mencapai kemuncaknya dari tahun 1970 hingga tahun 1975. Empat wilayah di Thailand Selatan diberi gelaran sebagai ‘kawasan bebas’ yang dikuasai oleh ‘pemerintah halimunan’ yang mencabar kekuasaan pemerintah pusat di Bangkok.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas