Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cair] | منچاءير

Definisi : menjadi cair: lapisan air batu di kawasan kutub ~ lalu aras laut meningkat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cair] | منچاءير

Definisi : menjadi cair: Air batu ~ apabila berada dlm suhu yg tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencair


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PLUTONIUM

Plutonium ialah bahan kimia yang mempunyai

simbol Pu. Ia merupakan logam radioaktif.

Hampir semua Plutonium merupakan bahan

buatan. Hanya sebahagian kecilnya sahaja yang

benar-benar asli. Nombor atom Plutonium ialah 94.

Ia akan mencair pada suhu 460 ° C dan mendidih

pada 3460 ° C. Pada suhu 20 ° C, plutonium

mempunyai kepadatan 19.86 gram padu per

sentimeter (lihat Ketumpatan )

UMUM 
SUNGAI

Sungai ialah kumpulan air yang banyak, yang

mengalir di atas bumi dalam bentuk terusan yang

panjang. Kebanyakan sungai bersumber dari

gunung atau bukit. Hulu sungai mungkin terjadi

daripada padang salji atau glasier yang mencair,

mata air, atau tasik yang airnya melimpah. Ketika

sungai mengalir, sungai itu menerima lebih banyak

air daripada anak sungai dan sungai lain, serta

daripada air hujan. Di hujung sungai ialah muara,

tempat air sungai mengalir masuk ke sungai yang

lebih besar, tasik, atau lautan.

UMUM 
SARAH AIS

Sarah ais atau dinamakan pek ais. Apabila

permukaan air laut di kawasan Artik membeku, ia

menjadi lembar ais. Apabila angin bertiup kencang,

ia boleh memecahkan lembar ais ini. Kepingan ais

yang besar juga boleh memecahkan lembar ais

apabila bahagian tepinya mencair pada musim

panas. Kepingan ais leper yang terapung yang

dikenali sebagai flo ais , boleh terbentuk semula

bersama sarah ais , sama ada terapung di lautan

atau tersusun di pinggir pantai. Sarah ais juga

dikenali sebagai ais sarah.

Lihat juga Aisberg; Antartika; Lautan Artik.

UMUM 

Kembali ke atas