Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cair.kan] | منچاءيرکن

Definisi : 1. menjadikan sesuatu cair, mengencerkan: pemanasan itu ~ minyak yg beku; 2. (Eko) menukarkan aset kpd wang tunai: para pemaju menjual rumah bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.8 bilion), ~ pasaran yg terbeku selama setahun; 3. ki menjadikan perasaan (semangat dsb) berkurang atau lemah: suara manja kekasihnya itu tidak ~ kemarahan Wi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cair.kan] | منچاءيرکن

Definisi : menjadikan cair. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencairkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NAFTA

Nafta ialah mana-mana cecair yang hanya terdiri

daripada atom hidrogen dan karbon yang mendidih

di bawah 200°C. Nafta yang diperoleh semasa

penapisan petroleum dicampurkan untuk membuat

petrol. Sesetengah jenis nafta digunakan untuk

melarutkan getah dan untuk mencairkan cat dan

varnis. Yang lain digunakan sebagai bahan

pembersih dan sebagai bahan dalam pembuatan

gas artifisial. Nafta boleh dihasilkan apabila tar batu

arang, iaitu bahan melekit yang dibuat daripada

batu arang lembut disuling. Nafta tar batu arang

digunakan sebagai bahan pelarut dan dalam

pembuatan rebin sintetik (artifisial). Nafta tulen

mudah meletup apabila terdedah kepada api.

UMUM 
TAKAT BEKU

Takat beku ialah suhu apabila sesuatu bahan

berubah dari cecair menjadi pepejal. Takat beku

bahan yang berlainan sangat berbeza-beza. Raksa,

misalnya, membeku pada –38.87 ° C. Walau

bagaimanapun, emas mempunyai takat beku 1063 ° C.

Takat beku bahan tulen serupa dengan takat

lebur nya (lihat Takat lebur ). Misalnya, air membeku

pada 0 ° C, dan bentuk pepejalnya, ais, cair pada suhu

yang sama. Apabila sesuatu bahan tulen berada

pada takat bekunya, bentuk cecair dan pepejal

bahan tersebut berada dalam keseimbangan

dengan satu sama lain. Melainkan haba ditambah

atau disingkirkan, ia akan kekal dalam keadaan itu

secara tidak menentu kerana bagi setiap amaun

cecair yang membeku, amaun pepejal yang sama

cair. Haba yang mesti ditambah untuk mencairkan

suatu unit kuantiti sesuatu bahan, atau disingkirkan

untuk membekukannya, dikenali sebagai haba

pelakuran.

UMUM 

Kembali ke atas