Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jaya
Kata Terbitan : berjaya, menjayakan, kejayaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
YEAGER, CHARLES ELWOOD

Yeager, Charles Elwood (1923 – ) dari

Amerika ialah orang pertama yang membuat

penerbangan yang lebih pantas daripada kelajuan

bunyi. Dia mencapai kejayaan ini pada 4 Oktober

1947, dengan memandu kapal terbang rokel Bell

X-1. Dia mencatat satu lagi rekod kelajuan pada 12

Disember 1953 dengan membuat penerbangan

2 kali lebih pantas daripada kelajuan bunyi

dengan memandu Bell X-1A.

UMUM 
DESERET

Deseret ialah perkataan yang bermakna lebah

madu dalam Kitab Mormon. Penganut mazhab

Mormon menjadikan lebah madu sebagai simbol

kerja kuat untuk mencapai kejayaan di kediaman

mereka di Salt Lake Valley, Amerika Syarikat.

UMUM 
SHARQAWIY, ‘ABDULLAH AL-

Sharqawiy, ‘Abdullah al- (1150–1227 H./1737–

1812 M.), ahli fiqh dan usul mazhab Syafi‘i daripada

kalangan ulama al-Azhar. Nama penuhnya ialah

‘Abdullah ibn Hijaziy ibn Ibrahim yang lebih

terkenal dengan nama al-Sharqawiy. Dia berasal

dari kampung al-Tawilah di bahagian timur Mesir.

Semasa kecil dia menghafaz al-Qur’an dan

seterusnya memasuki Universiti al-Azhar dan

mencapai kejayaan dalam bidang pengajiannya.

Dia menuntut ilmu daripada al-Ajhuriy, al-

Damanhuriy dan ‘Ali ibn al-‘Arabiy. Tahap

kecemerlangan ilmunya amat tinggi sehingga dia

diberi peluang mengajar di Universiti al-Azhar dan

seterusnya dilantik sebagai Sheikh

al-Azhar pada tahun 1208 H.

UMUM 
SPODE CHINA

Spode China ialah sejenis porselin buatan

Inggeris yang popular. Ia mula dikeluarkan buat

pertama kalinya dalam sebuah kilang yang

ditubuhkan pada tahun 1770 oleh Josiah Spode

(1733–1797) yang terletak berdekatan dengan

Stoke-on-Trent di Staffordshire. Spode juga diberi

penghargaan sebagai orang yang mencipta bone

china. Menjelang tahun 1796, dia mengeluarkan

sejenis porselin yang sesuai untuk membuat

pinggan mangkuk yang dapat digunakan dalam

majlis makan malam yang dinamakan English

china, yang dianggap sebagai bone china yang

pertama yang pernah dibuat. Anak lelaki Spode,

Josiah (1754–1827), telah mencapai kejayaan dalam

pemasaran bone china menjelang lebih kurang

pada tahun 1799. Bagi mencipta bone china, abu

tulang dicampurkan dengan suatu pes yang keras.

Tanah liat yang sememangnya sudah menjadi

bahan-bahan tradisi yang digunakan dalam

pembuatan porselin. Bone china mempunyai rupa

yang lut cahaya, berwarna putih susu bak gading

dan tidak mudah terserpih.

UMUM 
ADENAUER, KONRAD

Adenauer, Konrad (1876–1967), menjadi Canselor

Republik Jerman Barat sejak penubuhannya pada

tahun 1949 sehingga dia bersara pada tahun 1963. Di

bawah kepimpinannya, Jerman Barat mendapat

kedaulatannya, mencapai pemulihan ekonomi yang

luar biasa, membangunkan kuasa tenteranya dan

memainkan peranan utama dalam perpaduan Eropah

Barat. Kejayaan Adenauer lebih menakjubkan kerana

dia berusia 73 tahun semasa dia mula menjadi

canselor selama 14 tahun.

UMUM 
SAYAP KEMENANGAN

Sayap Kemenangan (Winged Victory) ialah

sebuah patung Yunani purba yang cantik yang

ditemui oleh ahli arkeologi Perancis pada tahun

1863. Patung ini telah pecah dan kesemua 118

keping serpihannya yang dijumpai bertaburan di

atas sebuah bukit di pulau lereng, Samothraki

(Samothrace), Greece. Patung ini menggambarkan

Nike, dewi kemenangan Yunani. Tubuhnya

diselubungi pakaian bak ditiup angin sambil

membawa mesej kemenangan, penawanan, dan

kejayaan daripada dewa-dewa. Dia mempunyai

sayap yang melambangkan kepantasan dan

kurniaannya, yakni boleh terbang. Ritma komposisi

patung ini bergelombang, mungkin

melambangkan perjalanan yang sukar untuk

mencapai kemenangan.

Pengukir patung ini tidak diketahui, tetapi

sarjana mentarikhkan patung ini diukir sekitar

tahun 180 S.M. Patung ini kini ditempatkan di

Louvre, Paris.

UMUM 

Kembali ke atas