STANDARD OIL COMPANY | Standard Oil Company. Pada tahun 1859, Edwin L. Drake, pesara pengendali landasan kereta api, pertama kali berjaya menggali telaga minyak secara komersial di Amerika Syarikat, berhampiran Titusville, Pennsylvania. Empat tahun kemudian, John D. Rockefeller menceburi diri dalam industri minyak. Rockefeller menyertai siri perkongsian hingga ke tahun1870, apabila pegangan dan sekutu rapatnya diserapkan ke dalam syarikat Standard Oil Company dari Ohio. | UMUM | |
SCHUSTER, SIR ARTHUR | Schuster, Sir Arthur (1851–1934) ialah ahli fizik yang menyumbang terhadap penemuan elektron. Dia mencadangkan bahawa kuasa pengaliran di atmosfera atas bumi disebabkan oleh sinar ultraungu dari matahari. Dia adalah profesor di Manchester University, England, tempat dia membina sebuah makmal. Schuster lahir di Frankfurt am Main di Jerman, tetapi berhijrah ke Manchester, England semasa berumur 19 tahun. Pada mulanya dia menceburi bidang perniagaan, tetapi kemudiannya beralih kepada bidang sains yang dipelajarinya di Owens College, Manchester, dan di University of Heidelberg, Jerman. | UMUM | |
KIPANJIKUSMIN | KIPANJIKUSMIN, Penulis cerpen Indonesia. Dia lahir pada tahun 1941 di Indonesia. Namanya yang sebenar tidak diketahui. Kipanjikusmin adalah nama samarannya. Sebelum menceburi bidang penulisan, dia telah mengikuti pengajian di Akademi Pelayaran dan pernah menjadi mualim selama beberapa tahun. | SASTERA | Tokoh |
ROKIAH WANDA | ROKIAH WANDA, (1926-1994), pelakon dan penyanyi. Dia lahir di Jalan Abdul Rahman, Muar, Johor. Nama sebenarnya ialah Fatimah binti Ali. ‘Wanda’ adalah nama timangan bagi suami keduanya, Syed Muhammad Murtadha. Dia menceburi bidang seni melalui pentas bangsawan ketika berusia 18 tahun. Kumpulan bangsawan yang pertama disertainya ialah Laila Sinaran Bulan. Kumpulan ini dipimpin oleh Encik Hanafi, yang kemudian menjadi suaminya. Melalui kumpulan bangsawan, dia dapat mengasah bakatnya dalam bidang nyanyian yang sememangnya diminatinya semenjak kecil. Bersama-sama kumpulan Laila Sinaran Bulan, dia menjelajah ke Singapura, Kelang, Melaka dan beberapa negeri lain di Semenanjung Malaysia. Selain Laila Sinaran Bulan, Rokiah Wanda juga mengikuti kumpulan bangsawan Seri City Opera of Malacca, di Melaka, dan Seri Rani Opera, di Singapura. | BUDAYA | Tokoh |
MOHD. MA'AMON NOR | MOHD. MA’AMON NOR ( ? - ? ), nasionalis Sarawak. Mohd. Ma’mon Nor atau lebih dikenal dengan nama Mohd. Nor. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah St. Joseph, Kuching, Sarawak. Dia adalah anak Melayu pertama di Sarawak yang lulus peperiksaan Junior Cambridge pada tahun 1932. Dia pernah berkhidmat di Jabatan Pos dan Telegraf selama dua setengah tahun sebelum menceburi bidang perniagaan dan menubuhkan sekolah malamnya sendiri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |