ANTIKOAGULAN | Antikoagulan ialah bahan kimia yang digunakan untuk mencegah koagilasi (pembekuan) darah. Jenis utama antikoagulan adalah (1) ubat yang melambatkan pembekuan darah seseorang dan (2) bahan yang mencegah pembekuan darah dalam tabung uji. | UMUM | |
PERGIGIAN | Pergigian ialah seni dan sains mendiagnosis, merawat, dan mencegah penyakit-penyakit gigi, rahang, dan tisu lembut di sekeliling mulut. Doktor pergigian menjaga pesakit mereka dalam banyak cara, terutamanya melalui kemahiran mereka mengenal, membetulkan, dan mencegah masalah gigi dan tisu yang menyokong gigi. Doktor pergigian juga boleh mengambil peranan sebagai ahli kesihatan pergigian. Misalnya, mereka boleh mencadangkan cara yang betul untuk memberus gigi supaya gigi sihat. | UMUM | |
ORTODONTIK | Ortodontik merupakan satu cabang bidang pergigian yang mencegah dan membetulkan kedudukan gigi yang tidak tersusun. Selain mencacatkan penampilan diri, kedudukan gigi yang tidak tersusun sukar dibersihkan. Oleh itu, gigi lebih mudah rosak dan menyebabkan penyakit gusi [lihat Gigi (Penyakit Periodontal)]. Ia juga menyebabkan masalah kunyahan dan pertuturan. | UMUM | |
SANITASI | Sanitasi ialah suatu bidang kesihatan awam. Ia melibatkan pelbagai usaha mengawal keadaan sekitar untuk mencegah serta mengawal penyakit. Sanitasi juga termasuk kebersihan diri yang menolong melindungi diri daripada penyakit. | UMUM | |
KAWALAN KELAHIRAN | Kawalan kelahiran ialah istilah yang termasuk semua kaedah yang digunakan untuk mengawal atau mencegah kelahiran anak. | UMUM | |
PERANG SARAF | Perang saraf menggunakan propaganda untuk mencapai tujuan yang tertentu. Perang saraf boleh digunakan sebelum perang untuk mencegah meletusnya peperangan ataupun semasa perang untuk memenanginya. Sesebuah negara menggunakan perang saraf untuk meyakinkan negara musuh bahawa mereka tidak akan menang jika berlakunya perang dan justeru itu, peperangan tidak perlu dimulakan. Semasa perang, negara menggunakan perang saraf untuk meyakinkan pasukan tentera musuh bahawa perjuangan mereka itu tidak adil dan sia-sia, dan untuk melemahkan keyakinan terhadap para pemimpin. Matlamatnya ialah memusnahkan tekad musuh untuk berperang. | UMUM | |
DADAH | Dadah ialah salah satu alat profesion perubatan yang paling berharga. Doktor mempreskripsikan dadah untuk merawat atau mencegah banyak penyakit. Setiap tahun, penisilin dan dadah pembunuh kuman yang lain menyelamatkan nyawa mangsa meningitis, pneumonia, dan penyakit berjangkit lain yang berbahaya. | UMUM | |
ANTIBEKU | Antibeku ialah bahan yang dicampurkan sesuatu cecair untuk menurunkan takat bekunya. Antibeku digunakan dalam sebatian untuk membuang ais atau mencegah ais daripada terbentuk, dan dalam bahan penyejuk dan bendalir pindah haba. Rencana ini membincangkan antibeku kereta yang dicampur dalam sistem penyejuk kereta. | UMUM | |
OTIS, ELISHA GRAVES | Otis, Elisha Graves (1811–1861) ialah pereka Amerika yang membina lif pertama yang mempunyai alat keselamatan automatik. Alat ini mencegah lif daripada jatuh jika tali yang memegang lif putus. Otis membuat demonstrasi lifnya pada tahun 1854 di New York City dengan memotong tali yang memegang lif selepas dia menaiki lif. Tetapi rekaannya tidak digunakan dengan meluas sehingga kemunculan bangunan pencakar langit pada tahun 1870-an. | UMUM | |
ASAH GIGI | Satu cara tradisional untuk mencantikkan gigi. Salah satu tujuan asah gigi ini adalah untuk mencegah gigi daripada rosak. | BUDAYA | Alat/Alatan |