Surah Luqman ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-31 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 34 ayat. Surah ini dinamakan Luqman kerana mengandungi wasiat Luqman yang berhikmah, rahsia tentang Allah S.W.T. dan sifat-Nya, mencela kesyirikan, menyuruh berakhlak mulia dan menegah kekejian dan kemungkaran serta wasiat bernilai yang diwahyukan oleh Allah S.W.T. tentang hikmah dan petunjuk. Diriwayatkan bahawa Al-Nadhar ibn al- Harith telah mempengaruhi penyanyi perempuan untuk menyesatkan orang mukmin, maka turun ayat tentangnya yang bermaksud: “... dan di kalangan daripada manusia ada orang yang membeli kata-kata kosong untuk menyesatkan orang lain daripada Allah S.W.T...”. (Surah al-Luqman 31:6) |