Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.rai.kan] | منچرايکن

Definisi : 1. = memperceraikan a) men­jadikan tidak bercantum (bersatu, berhubung­an) lagi: jiwa paman akan beta ceraikan dgn badan paman; baiklah kepalaku perceraikan dgn badanku; b) meleraikan (orang berga­duh, bertumbuk, dll); 2. memutuskan perhu­bungan sbg suami isteri, menggugurkan (men­jatuhkan) talak: Dollah kena acum, sebab itulah dia ~ isterinya; 3. memberhentikan (anak drpd menetek), menyapih, menyarak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.rai.kan] | منچرايکن

Definisi : 1 membuat supaya tidak berhubungan (bercampur, bersatu) lagi; memisahkan: Dia telah ~ lampiran A drpd karangan itu. 2 meleraikan orang berkelahi dsb. 3 memutuskan hubung­an sbg suami isteri; menjatuhkan talak: Oleh sebab perkara yg kecil saja, ia telah ~ isterinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menceraikan

Peribahasa

Dari semak ke belukar.

Bermaksud :

Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buang daun keladi, berselimut dauh birah, b. Buang kuali ambil belanga).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH AL-TALAQ

Surah al-Talaq ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang ke-65 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 12 ayat.

Surah ini dinamakan al-Talaq (talak) kerana

perbicaraannya menumpukan kepada bab talak.

Diriwayatkan bahawa Ibn Umar r.a. menceraikan

isterinya dalam keadaan haid, berita itu

kemudiannya sampai ke pengetahuan Rasulullah

s.a.w. yang menyebabkan kemarahan Baginda.

Rasulullah s.a.w. mengarahkan Ibn Umar r.a. supaya

merujuk semula kepada isterinya dan menunggu

sehingga isterinya tamat tempoh haid. Apabila Ibn

Umar r.a. hendak menceraikan isterinya setelah

suci dari haid, maka turunlah ayat mengenainya di

dalam surah ini.

UMUM 
MORE, SAINT THOMAS

More, Saint Thomas (1477?–1535) ialah

penulis, negarawan dan ilmuan England yang

agung. Dia berkhidmat sebagai lord chancellor,

jawatan kehakiman tertinggi di England dari tahun

1529 hingga tahun 1532. Tetapi More meletakkan

jawatan kerana menentang rancangan Raja Henry

VIII untuk menceraikan permaisurinya. More

dihukum pancung pada tahun 1535 kerana

enggan menerima raja sebagai ketua gereja

Inggeris. Sejak kematiannya, More menjadi

teladan kepada individu yang meletakkan hati

nurani mengatasi kuasa tuntutan duniawi (yang

bukan keagamaan). Gereja Roman Katolik

mengisytiharkan More sebagai Santo pada tahun

1935.

UMUM 
TEBUS TALAK

TEBUS TALAK, pembayaran daripada isteri yang memohon talak daripada suaminya. Jumlah bayaran ditentukan oleh suami. Pembayaran ini merupakan ganti rugi daripada isteri kepada suami akibat talak tersebut. Keadaan seumpama ini berlaku apabila pihak suami enggan menceraikan isteri tetapi isteri sudah tidak boleh lagi hidup di samping suami. Kadangkala jika isteri tidak mampu membayar tebusan dan kes tersebut tidak dirujuk kepada hakam, isteri mengambil sikap meninggalkan pihak suami (nusus). Suami pula masih enggan menceraikannya. Keadaan ini menyebabkan isteri tersebut digantung tidak bertali.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas