Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.ri.ta.kan] | منچريتاکن

Definisi : 1. mengisahkan sesuatu kpd: demikianlah diceritakan oleh yg empunya cerita; 2. mengkhabarkan (memberitahukan, mengatakan, dll) sesuatu: saya takut hendak ~ rahsia itu kepadanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.ri.ta.kan] | منچريتاکن

Definisi : 1 menuturkan (sesuatu cerita); meriwayatkan: Penghulu tua itu telah ~ beberapa buah cerita Melayu lama kpd kami. 2 mengkhabarkan atau memberitahukan sesuatu: Saya takut hendak ~ rahsia itu kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menceritakan

Peribahasa

Mengembangkan ketiak amis.

Bermaksud :

Menceritakan keburukan diri sendiri atau kaum keluarganya kepada orang lain. (Bandingkan dengan: Mencencang lauk tengah halat).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AUTOBIOGRAFI

Autobiografi adalah satu jenis penulisan biografi.

Dalam autobiografi penulis menceritakan riwayat

hidup dirinya sendiri. Autobiografi menceritakan

keadaan hidup peribadi orang yang menarik kepada

pembaca. Ia juga memberikan maklumat oleh

pemerhati sebenar tentang peristiwa sejarah atau

cerita oleh orang yang membantu mencipta sesuatu

peristiwa. Sesetengah orang menggunakan

autobiografi untuk menerangkan atau mewajarkan

tindakan dalam hidup mereka. Sesetengah

autobiografi diilhamkan oleh perasaan nostalgia yang

berkaitan dengan zaman silam penulis. Yang lainnya

pula ditulis oleh orang masyhur yang berasa bahawa

mereka boleh memperoleh wang dari minat orang

ramai yang ingin tahu tentang kehidupan mereka.

UMUM 
QISASUL ANBIA"

kitab yang menceritakan kisah para nabi.

AGAMAKonsep
EPIK

Epik ialah puisi hikayat yang panjang. Hampir

semua epik menceritakan  keperwiraan

orang kayangan dan orang yang terlibat dalam

peperangan atau pengembaraan.

UMUM 
MANIFEST DESTINY

Manifest destiny ialah satu istilah yang

digunakan untuk menceritakan kepercayaan pada

tahun 1840-an semasa perkembangan wilayah di

Amerika Syarikat.

UMUM 
ARJUNA

Arjuna ialah wira dalam puisi epik India,

Mahabharata , yang menceritakan peperangan

antara adik-beradik Pandava dan sepupu Kaulava.

Arjuna ialah anak ketiga daripada lima adik-

beradik Pandava. Kisah hidupnya merupakan satu

siri peperangan dan kejayaan. Arjuna dipaparkan

sebagai seorang wira yang unggul. Dia berani,

kacak, mulia, pemurah, dan seorang kekasih yang

romantis. Lihat Mahabharata.

UMUM 
SCYLLA

Scylla, dalam mitologi Yunani, pada mulanya

merupakan seorang bidadari yang cantik. Penyair

Rom, Ovid menceritakan bagaimana dewa laut,

Glaucus, jatuh cinta dengan Scylla apabila Glaucus

melihat Scylla berjalan di pantai Selat Messina.

Scylla tidak mencintai Glaucus. Glaucus

mendapatkan bantuan tukang sihir wanita bernama

Circe. Circe pula meminta Glaucus mencintainya

dan bukan Scylla, tetapi Glaucus enggan

melayaninya. Circe menjadi sangat marah dan

menukar Scylla menjadi raksasa laut, yang

mempunyai tubuh separuh wanita dan separuh

ikan serta beberapa kepala anjing tumbuh dari

pinggangnya.

UMUM 
MITCHISON, NAOMI

Mitchison, Naomi (1897–1999) ialah penulis

British yang popular dengan beberapa novelnya

yang menceritakan kisah purba Yunani dan Mesir.

Novelnya terkenal kerana gaya penulisannya

sungguh berkesan. Novelnya termasuklah When

the Bough Breaks (1924), dan Black Sparta (1928).

Karya popularnya yang lain termasuklah The Corn

King and the Spring Queen (1931), sebuah karya

fantasi sejarah. Karyanya yang terkemudian

termasuklah Don’t Look Back (1969), What Do You

Think Yourself (1982), Not By Bread Alone (1983),

dan Among You Taking Notes (1985). Nama

sebenarnya ialah Naomi Margaret Haldane, dan

lahir di Edinburgh, Scotland. Dia mendapat

pendidikan di Oxford University.

UMUM 
AIR PANCUT REMAJA

Air pancut remaja (Fountain of Youth) ialah

mata air khayalan. Banyak cerita legenda

menceritakan  air pancut ini di Eropah dan

Amerika. Airnya dipercayai boleh membuatkan

orang tua menjadi muda dan menyembuhkan

pelbagai jenis penyakit.

UMUM 
NAGA LAUT

Naga laut ialah makhluk laut yang besar, yang

mungkin makhluk khayalan. Sejak zaman purba,

legenda kebanyakan bangsa telah menceritakan

makhluk seperti naga laut, naga, dan unikon. Saksi

telah melaporkan melihat naga laut, tetapi tiada satu

pun makhluk bak ular ini dapat ditangkap atau

terdampar di pantai.

UMUM 
MINERVA

Minerva ialah seorang dewi yang paling penting

dalam mitologi Rom purba. Dia merupakan anak

kesayangan Jupiter, raja segala dewa. Sebuah mitos

menceritakan tentang Minerva yang dilahirkan

daripada dahi Jupiter dalam keadaan sudah

membesar sepenuhnya dan lengkap berperisai.

Minerva menyerupai dewi Yunani yang bernama

Athena dan merupakan seorang dara sepertinya.

UMUM 
12345

Kembali ke atas