Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cer.min.kan] | منچرمينکن

Definisi : membayangkan sesuatu yg lahir atau batin (spt sesuatu keadaan, per­golakan, perasaan, sikap, dll), menggam­barkan: akhbar tersebut ~ dasar luar Filipina; muzik dapat ~ perasaan sedih, gembira, dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cer.min.kan] | منچرمينکن

Definisi : membayangkan se­suatu keadaan; menggambarkan: Jumlah kaum yg diambil bekerja itu hendaklah ~ imbangan peratus drpd jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencerminkan

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NEUTRA, RICHARD JOSEPH

Neutra, Richard Joseph (1892–1970) ialah

arkitek Austria yang bekerja di California,

Amerika Syarikat. Reka bentuknya yang terbaik

mencerminkan matlamatnya untuk membina

bangunan yang memenuhi keperluan biologi dan

psikologi, di samping pertimbangan seni dan

teknikal. Dalam bukunya Survival Through

Design (1954), Neutra menyatakan bahawa

manusia dapat hidup hanya dengan mengawal

alam sekitar menerusi reka bentuk, seni bina,

dan perancangan bandar.

UMUM 
SPRINGSTEEN, BRUCE

Springsteen, Bruce (1949– ) ialah penyanyi,

penulis lagu, dan pemain gitar Amerika yang

popular. Peminatnya selalu menggelarnya “The Boss”.

Muzik Springsteen mencerminkan gaya ritma yang

bertenaga serta blues dan rock ‘n’ roll yang popular

pada tahun 1950-an. Dia mengubah sendiri hampir

kesemua lagu yang dipersembahkannya.

UMUM 
KESUSASTERAAN AMERIKA

Kesusasteraan Amerika tidak boleh

diterjemahkan dalam satu takrifan yang ringkas.

Kesusasteraan ini mencerminkan banyak tradisi

keagamaan, sejarah, dan budaya penduduk

Amerika, salah satu daripada negara yang

mempunyai penduduk berbilang kaum di dunia.

Ia termasuklah puisi, fiksyen, drama dan jenis

karya-karya lain oleh pengarang yang bermastautin

di Amerika Syarikat. Selain itu, kesusasteraan

ini juga meliputi bahan bukan bertulis seperti

kesusasteraan lisan orang asli Amerika serta cerita

rakyat dan legenda yang telah diwarisi turun-temurun.

Tambahan pula, kesusasteraan Amerika

meliputi laporan bertulis tentang Amerika oleh

para pendatang dan pelawat dari negara lain,

selain karya penulis berketurunan Amerika yang

menghabiskan sebahagian atau seluruh hidup

mereka di luar negara.

UMUM 
STREETON, SIR ARTHUR

Streeton, Sir Arthur (1867–1943), pelukis

landskap Australia yang paling terkenal dari tahun

1920 hingga tahun 1940. Dia ialah ahli kumpulan

Aliran Heidelberg. Dia mencerminkan prinsip-prinsip

yang disokong oleh Tom Roberts. Ciri

utama landskap dalam lukisan minyaknya adalah

penggunaan warna biru yang menyerlah dengan

keemasan dan coretan berus empat segi yang

menyebabkan terbatasnya penghargaan terhadap

karyanya di London. Lukisannya The Purple Noon’s

Transparent Might dan lukisan-lukisannya yang

lain tentang desa Sungai Hawkesbury

membuatkannya terkenal di Australia. Namun

karyanya yang terawal, Still Glides the Stream, yang

kini berada di Art Gallery New South Wales,

Sydney, dianggap sebagai karyanya yang terbaik.

UMUM 
MUSSORGSKY, MODEST

Mussorgsky, Modest (1839–1881) ialah salah

seorang komposer Rusia yang ulung dalam

sejarah. Opera yang bertenaga Boris Godunov

(1874) merupakan gubahan yang paling baik. Opera

ini berasaskan kehidupan tsar, mencerminkan

tarikan minat kepada tema tentang Rusia yang

dalam hampir kesemua muzik Mussorgsky.

UMUM 
WARNAWARNA, sesuatu yang mencerminkan struktur sosial secara simbolis dan mempunyai pengertian tertentu dari segi magis dan perubatan. Dalam budaya Melayu, warna sangat rapat dengan alam persekitaran semula jadi. Selain warna-warna dasar seperti putih, hitam, merah, biru atau kuning, terdapat beberapa cahaya warna yang menghampiri warna-warna dasar itu. Biasanya istilah cahaya adalah mengikut kepekatan dan kecairan warna itu, iaitu sama ada tua atau muda, maka terdapatlah warna seperti merah tua atau merah muda, dan kuning tua atau kuning muda.  Di samping itu, terdapat cahaya warna yang diistilahkan mengikut apa yang dilihat pada alam semula jadi, terutamanya tumbuh-tumbuhan seperti merah pulasan daripada warna buah pulasan, kuning kunyit, daripada warna kunyit dan hijau pucuk pisang, cahaya yang menyerupai warna pucuk pisang.  Lembayung, pinang masak, biji remia, biji asam, bunga keduduk dan kulit manggis adalah istilah bagi warna tertentu daripada tumbuh-tumbuhan.  Unsur –unsur lain daripada alam semesta adalah seperti tanah liat (kuning), laut (biru), batu (merah), darah-darah ikan (merah) atau asap (kelabu).  Semua istilah ini mencerminkan pandangan hidup orang Melayu.BUDAYAKonsep
BYRON, LORD

Byron, Lord (1788–1824) ialah penyair romantik

Inggeris yang paling cemerlang. Ramai orang

mendapati hidupnya yang penuh cabaran sebagai

sama menarik dengan puisinya. Byron mengarang

puisinya di Eropah dan di Timur Tengah, dan

puisinya mencerminkan pengalaman dan

kepercayaannya. Puisinya kadang-kadang kasar,

kadang-kadang lembut, dan selalunya eksotik.

UMUM 
KEMATIAN BAYI

Kematian bayi ialah ukuran bagi menunjukkan

bilangan bayi yang meninggal dunia sebelum

mencapai setahun usia kelahiran mereka. Kadar

kematian bayi ini menunjukkan jumlah bayi yang

meninggal dunia setiap tahun bagi setiap seribu

bayi yang lahir. Oleh sebab kadar ini

mencerminkan keadaan kesejahteraan anggota

masyarakat yang paling bergantung kepada orang

lain, maka, kadar ini sering ditafsirkan sebagai

ukuran sejauh mana satu-satu masyarakat itu

menjaga anggota mereka. Atas alasan itu, maka,

membandingan kadar kematian bayi antara

negara atau komuniti yang berlainan ialah satu

cara untuk menilai taraf hidup masyarakat itu.

UMUM 
ARES

Ares ialah dewa perang dalam mitologi Yunani.

Ares ialah anak lelaki kepada Zeus dan Hera, raja

dan permaisuri segala dewa. Dewi orang Rom

Mars menyerupai Ares, tetapi Ares kurang penting

dari segi moral dan agama bagi orang Yunani

daripada Mars bagi orang Rom. Ares

mencerminkan aspek perang yang paling kejam

dan ganas. Orang Yunani, yang meletakkan sedikit

nilai pada kualiti ini, tidak menghormati Ares.

UMUM 
O'FLAHERTY, LIAM

O’Flaherty, Liam (1896–1984) ialah penulis novel

dan cerpen Ireland. Dia menulis banyak karyanya

dalam bahasa Gaelik dan menterjemahnya ke bahasa

Inggeris. Kebanyakan fiksyen O’Flaherty

menggambarkan dengan jelas landskap berbatuan

yang gersang dan kampung-kampung terpencil

Kepulauan Aran, tempat dia dilahirkan dan

dibesarkan. Karya lain, yang mencerminkan

kehidupannya yang lebih terkemudian, memaparkan

kemiskinan yang mencengkam kawasan bandar yang

penduduknya mementingkan diri sendiri.

UMUM 
12

Kembali ke atas