Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cé.ta/] | منچيتق

Definisi : 1. mengecapkan tulisan (gambar) pd kertas dll (utk membuat buku, surat khabar, dll): mengikut kebiasaan, penerbit ~ sesebuah buku itu sebanyak 5000 naskhah; 2. mengecapkan lukisan pd kain: ~ batik; 3. menuang sesuatu (logam dll) dlm acuan, mem­buat sesuatu dgn acuan: timah dr lombong dicetak sebelum dijual; ~ kuih; 4. membuat (menjaringkan) gol (dlm permainan bola sepak), memperoleh kemenangan (dlm per­lawanan, perang, dll), memperoleh keun­tungan: sebelum rehat kelab kami telah ~ dua gol; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cé.ta/] | منچيتق

Definisi : 1 menurunkan tulisan, gambar dll pd kertas atau pd kain dgn alat cetak (utk dijadikan buku dsb); mengecap. 2 menuang sesuatu (logam dsb) ke dlm acuan; membuat sesuatu dgn acuan: ~ timah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencetak


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MONOTAIP

Monotaip ialah mesin bagi menghasilkan taip

logam untuk mencetak. Monotaip terkenal dengan

hasil kerja yang bermutu tinggi. Ia telah digunakan

untuk mencetak buku yang baik mutunya termasuk

juga katalog, majalah, dan bahan bercetak lain.

Dalam kebanyakan kerja mencetak, monotaip telah

diambil alih oleh mesin fotokomposisi.

Fotokomposisi ialah satu bentuk atur huruf yang

melibatkan penghasilan imej huruf taip di atas filem

atau kertas fotosensitif (lihat Percetakan [Mengatur

huruf]).

UMUM 
DAKWAT

Dakwat ialah cecair, serbuk atau perekat

berwarna yang digunakan untuk menulis, melukis

atau mencetak. Terdapat beribu-ribu jenis dakwat,

sebahagiannya digunakan untuk mencetak akhbar

dan majalah atau untuk menulis dengan menggunakan

pen mata bulat dan pena.

UMUM 
MESIN TAIP

Mesin taip ialah sejenis mesin yang mencetak

huruf dan angka di atas kertas. Pengguna di rumah

serta pejabat di seluruh dunia menggunakan mesin

taip untuk menulis dengan pantas dan kemas.

Mesin taip merupakan mesin niaga yang paling luas

penggunaannya.

UMUM 
ELZEVIR

Elzevir ialah nama sebuah keluarga pencetak

Belanda yang masyhur. Antara tahun 1583 hingga

tahun 1675, mereka mencetak lebih 5000 buah

buku.

UMUM 
MESIN TELETAIP

Mesin teletaip ialah mesin taip elektro mekanikal

yang menghantar denyutan elektrik melalui dawai

kepada alat penerima yang kemudiannya akan

mencetak mesej tersebut. Semasa jurutaip menekan

setiap mata taip pada alat penghantar, ia

mengaktifkan denyutan elektrik yang bertindak balik

menekan huruf yang sama pada penerima. Mesin

teletaip biasanya disambung secara bersiri dan

banyak alat penerima di berbagai-bagai tempat

seluruh dunia boleh dikendalikan dari satu alat

pemancar sahaja pada satu masa.

UMUM 
SENI KOMERSIAL

Seni komersial termasuk beberapa jenis seni

yang digunakan untuk tujuan perniagaan. Ia

sering dikenali sebagai seni pengiklanan , kerana

banyak seni komersial digunakan untuk tujuan

menjual keluaran dan perkhidmatan. Seni

komersial berbeza daripada seni halus atau seni

asli, seperti satu lukis dan seni arca, kerana ia

mesti dihasilkan semula dengan kaedah mencetak

atau kaedah lain.

UMUM 
TELEPENGATUR HURUF (TPH)

Telepengatur huruf (TPH) ialah sejenis mesin

elektrik seperti mesin teletaip (lihat Mesin teletaip ). Ia

menghantar salinan tulisan mesin taip ke suatu

tempat yang jauh dan pada masa yang sama ia

menebuk lubang di pita kertas. Apabila pita ini

dimasukkan ke dalam mesin pengatur huruf, mesin

ini secara automatik akan menjadikan salinan ini

dalam bentuk yang akan digunakan untuk mencetak

akhbar.

UMUM 
MESIN DAFTAR TUNAI

Mesin daftar tunai ialah mesin yang merekod

dan memaparkan amaun jualan. Kebanyakan mesin

daftar tunai mempunyai laci untuk menyimpan wang

tunai. Apabila juruwang merekodkan sesuatu jualan

dalam mesin daftar tunai, harga pembelian tertera di

jendela paparan di mesin tersebut. Mesin daftar tunai

ini juga mencetak resit butiran yang mencatatkan

rekod penjualan untuk kegunaan pelanggan.

UMUM 
BRAILLE, LOUIS

Braille, Louis (1809–1852) ialah lelaki buta

Perancis yang mencipta sistem braille untuk

mencetak dan menulis untuk orang buta.

UMUM 
TALBOTAIP

Talbotaip ialah sejenis gambar yang dihasilkan

menggunakan proses fotografi terawal. Nama ini

sempena nama penciptanya, W.H. Fox Talbot, ahli

sains Inggeris. Dia mula menjalankan proses ini

pada tahun 1839. Dia membuat sehelai kertas yang

sensitif kepada cahaya dengan merendamnya

beberapa kali dalam larutan sodium klorida dan

nitrat-perak. Kemudian, dia mendedahkan kertas itu

kepada cahaya dalam kamera atau cahaya matahari.

Garam perak membentuk imej negatif, bertukar

menjadi gelap apabila terkena cahaya. Selepas

memproses negatif utama ini dengan larutan

garam, dia boleh mencetak seberapa banyak kertas

positif.

UMUM 
12

Kembali ke atas