Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cip.ta] | منچيڤتا

Definisi : menerbitkan atau menghasilkan sesuatu dgn daya fikiran atau imaginasi (khayalan): utk dapat ~ cerita yg baik, diperlukan fantasi; guru hendaklah menggalakkan kebolehan ~ di kalangan kanak-kanak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cip.ta] | منچيڤتا

Definisi : 1 memusatkan fikiran (utk mengadakan sesuatu); memikirkan dgn sungguh-sungguh (utk mengadakan sesuatu). 2 mengadakan atau mewujudkan sesuatu dgn kuasa sendiri dan tidak menggunakan bahan: Allah yg ~ langit dan bumi serta seluruh isinya. 3 menghasilkan sesuatu karya seni (spt lukisan, lagu dsb): Semasa hidupnya, Allahyarham telah ~ lagu lebih drpd seribu buah. 4 mengadakan sesuatu yg baru; mencapai sesuatu kejayaan atau hasil terbaik dlm olahraga dsb: Dia telah ~ rekod baru dlm lumba lari 400 meter. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencipta


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAYEMBARA MENCIPTA LAGU PUISI DBP/DBKLPertandingan mencipta lagu yang dianjurkan oleh DBP/DBKL.SASTERAKegiatan
NASMYTH, JAMES

Nasmyth, James (1808–1890) ialah jurutera

Scotland yang mencipta tukul stim. Dia juga

mencipta prinsip bertindak sendiri pada reka

bentuk – perkakas mesin, iaitu tangan mekanikal

yang bergerak di sepanjang gelangsar memegang

perkakas. Dengan prinsip ini, Nasmyth mereka

mesin pengetam dan mesin pembentuk alat.

Nasmyth lahir di Edinburgh, anak

kepada seorang pelukis yang terkenal. Pada tahun

1829, dia menjadi pembantu kepada Henry

Maudslay, pereka bentuk dan pembuat perkakas.

Pada tahun 1834, Nasmyth memulakan Bridgewater

Foundry di Manchester, yang menjadi terkenal

dengan pembinaan perkakas mesin dan enjin stim.

Nasmyth mencipta tukul stim pada tahun 1839. Dia

bersara pada tahun 1856 dan menghabiskan

masanya dengan belajar astronomi.

UMUM 
NAISMITH, JAMES

Naismith, James (1861–1939), guru Kanada yang

telah mencipta permainan bola keranjang pada

tahun 1891 (lihat Bola keranjang ). Dia mahu

mencipta permainan di dalam bangunan pada

musim sejuk. Dia telah memaku dua buah bakul pic

dan menggunakan bola sepak untuk permainan

pertamanya. Dia mencipta permainan itu ketika dia

menjadi guru pendidikan jasmani di International

YMCA Training School (sekarang dikenali sebagai

Springfield College), Springfield, Massachusetts,

Amerika Syarikat.

UMUM 
ZEPPELIN, FERDINAND VON

Zeppelin, Ferdinand von (1838–1917) ialah

perintis Jerman yang masyhur yang mencipta

kenderaan yang lebih ringan di udara. Dia

mencipta pesawat udara daripada beg gas, yang

disokong oleh kerangka ringan di bahagian

dalamnya. Pesawat udara ini dikuasai dan dikawal

oleh enjin.

UMUM 
PUNARAN

Punaran ialah proses mencipta reka bentuk atau

gambar pada plat logam dengan menggunakan

asid. Punaran mempunyai kepentingan dalam seni

halus dan percetakan komersial. Rencana ini

membincangkan punaran sebagai seni halus.

Untuk maklumat mengenai punaran dalam

percetakan komersial, lihat Fototurisan dan

fotolitograf i.

UMUM 
MENGUKIR KAYUMengukir kayu ialah perbuatan mencipta figura atau reka bentuk pada kayu dengan memotong atau memahat kayu. Mengukir kayu adalah satu hobi dan satu bentuk seni. Sesetengah ukiran dilakukan dengan mesin yang mempunyai pemotong yang dipasang pada gelendong berkelajuan tinggi. Rencana ini memerikan cara mengukir kayu dengan tangan.UMUMUmum
SENEFELDER, ALOIS

Senefelder, Alois (1771–1834), mencipta

proses litografi (lihat Litografi). Sebagai anak

muda, Senefelder menulis drama. Oleh kerana dia

tidak dapat menerbitkan dramanya, maka dia cuba

mencetaknya sendiri. Semasa menyediakan

goresan di atas papak batu, dia menulis di atasnya

menggunakan krayon lilin dan mendapati bahawa

goresan itu boleh didakwatkan (diwarnakan) dan

dicetak. Dia lahir di Munich, Jerman.

UMUM 
SENI FOTO KIRLIAN

Seni foto Kirlian ialah proses mencipta imej

sesuatu objek dengan mendedahkan objek

tersebut kepada satu medan elektromagnet.

Proses ini juga dikenali sebagai pengimejan

discas elektromagnet (EDI). Objek yang

dirakamkan dengan cara ini kelihatan seperti

dikelilingi oleh discas cahaya. Imej itu dapat

dihasilkan dengan kaedah seni foto biasa atau

melalui teknik yang lebih canggih.

UMUM 
MURDOCK, WILLIAM

Murdock, William (1754–1839), pereka cipta

Scotland yang membuat beberapa pembaikan

penting enjin kuasa stim dan juga menjumpai cara

mendapatkan gas daripada batu arang. Dia turut

mencipta simen-besi. Dia digaji oleh Matthew

Boulton dan James Watt untuk memasang enjin

pam ke lombong Cornish (lihat Boulton, Matthew;

Watt, James). Pada tahun 1785, dia mencipta

dengan jayanya sebuah model enjin untuk menarik

kereta kuda. Dia memasang lampu menggunakan

gas di rumahnya di Redruth. Pada tahun 1802, dia

memasang gas di bengkel majikannya. Dia

menyedari bahawa jet gas lebih terang apabila gas

itu dipecahkan kepada beberapa jet kecil.

Penggunaan gas untuk lampu jalan raya telah

dimajukan secara persendirian oleh Murdock, dan

banyak pengusaha syarikat menuduh bahawa dia

mencuri idea daripada mereka. Murdock

dipercayai mencipta alat untuk membuat

pengaturan gear matahari dan planet untuk

mendapatkan pergerakan putaran daripada enjin-rasuk.

Ciptaan ini membolehkan binaan enjin kuasa

wap memutarkan roda. Murdock lahir di

Auchinlek, di daerah Strathclyde, Scotland.

UMUM 
MONTGOLFIER BERSAUDARA

Montgolfier bersaudara ialah pembuat kertas

Perancis yang mencipta belon udara panas.

Jacques Étienne Montdolfier (1745–1799) dan

Joseph Michel Montgolfier (1740–1810)

menjalankan eksperimen dengan beg besar yang

berisi gas panas yang dihasilkan oleh benang bulu

biri-biri dan jerami yang dibakar.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas