Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.co.ra/.kan] | منچورقکن

Definisi : 1. memberi bercorak: kanak-kanak bagai kain putih boleh dicorakkan dan diwarna-warnikan; 2. ki membentuk (sifat, rupa, ciri-ciri, dll sesuatu) memberikan sifat-sifat yg tertentu kpd: perasaan itu biasanya dicorakkan oleh keadaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.co.ra/.kan] | منچورقکن

Definisi : 1 memberi bercorak: Kita boleh ~ kain putih dgn berbagai-bagai warna. 2 ki memberikan sifat-sifat tertentu; membentuk: Ibu bapalah yg bertanggungjawab ~ anak-anak mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencorakkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARABES

Arabes ialah satu seni menyambung dan

mencorakkan unsur-unsur hiasan Arab yang

mempunyai keistimewaan seni Arab Islam. Ia juga

dikenali sebagai seni hiasan Arab. Bidang seni ini

diterokai di dalam satu gerakan menggunakan

tumbuhan dan daun-daunnya untuk membentuk

pada kreativiti seniman semasa mengolah dan

menggunakan garisan-garisan yang bersambung,

bersentuhan dan berjauhan. Gabungan khayalan

dan perasaan seniman dengan menyeragamkan

pembinaan dalam pembentukan hiasan pembinaan

seperti segi empat, segilapan yang telah tersusun

dan bintang-bintang yang memiliki banyak kepala

seperti bintang yang mempunyai 10 dan 16 kepala.

UMUM 
TAINE, HIPPOLYTE ADOLPHE

Taine, Hippolyte Adolphe (1828 – 1893) ialah

intelektual dan pengkritik Perancis. Penerapan

falsafah faham penentuan kepada seni dan sastera

yang dilakukannya telah banyak mencorakkan sikap

para intelektual Perancis pada tahun 1800-an.

UMUM 
BATIKBatik, seni menghias corak kain dengan motif hiasan dan bahan pewarna khusus. Batik dihasilkan daripada teknik mencorakkan tekstil melalui proses penerapan lilin dan pencelupan benang. BUDAYAKonsep
KAMUS KHUSUS

KAMUS KHUSUS, salah satu jenis kamus yang memberi sumbangan yang amat penting dalam dunia perkamusan itu sendiri. Oleh sebab konsep kamus itu mempunyai pengertian yang amat luas meliputi input linguistik seperti morfologi, sintaksis, semantik, fonologi, dan semua subdisiplin  linguistik yang lain seperti  leksikologi, analisis wacana, pragmatik, etimologi den sebagainya, maka potensi kamus khusus itu untuk berkembang jelas terbuka luas. Malah kamus khusus menjadi faktor yang mencorakkan kepelbagaian usaha penyusunan kamus yang menjadi agen kodifikasi bahasa yang amat berpengaruh.

BAHASAPenerbitan

Kembali ke atas