Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cu.li/] | منچوليق

Definisi : mencuri (melarikan) kanak-kanak atau orang dewasa (utk dibunuh, diminta wang tebusannya, dll): Chiang Kai Shek pernah diculik oleh seorang drpd panglima tenteranya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cu.li/] | منچوليق

Definisi : melarikan orang (anak-anak atau orang dewasa) dgn paksaan utk tujuan memperoleh wang tebusan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menculik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEGANASAN

Keganasan ialah perbuatan ganas menggunakan

ancaman atau ugutan bagi menimbulkan ketakutan

dan kecemasan. Pengganas membunuh dan

menculik, menembak, melontar bom, merampas

kapal terbang, dan melakukan jenayah berat yang

lain.

UMUM 
GESTAPU

GESTAPU, percubaan kudeta yang dilancarkan oleh Rejimen Cakrabirawa (Barisan Pengawal Presiden Sukarno) di bawah pimpinan Leftenan Kolonel Untung pada 30 September 1965. Gestapu atau Gerakan 30 September dianggap tragedi kejam kerana menculik dan membunuh enam pegawai tertinggi tentera, iaitu Leftenan Jeneral Yani, Mejar Jeneral R. Soeprapto, Mejar Jeneral Harjono Mas Tirtodarmo, Mejar Jeneral Siswondo Parman, Brigedier Jeneral Donald Izacus Pandjaitan dan Brigedier Jeneral Soetojo Siswomihardjo. Jeneral Abdul Haris Nasution yang menjadi sasaran utama gerakan Gestapu itu dapat melepaskan diri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas