OYSTERCATCHER | Oystercatcher ialah nama beberapa spesies burung randuk yang tinggal di pantai di kebanyakan bahagian di dunia. Nama ini diberi kerana paruh oystercatcher yang bertepi tajam dan berbentuk pahat, yang digunakannya untuk mengopek cangkerang moluska seperti kupang dan tiram, dan untuk mencungkil berangas daripada batu. | UMUM | |
SUGI | SUGI, alat yang digunakan untuk mencungkil atau membersihkan sisa makanan yang terselit di celah-celah gigi ataupun yang terbenam di dalam lubang gigi yang berkawah. | BUDAYA | Alat/Alatan |
BAKAT TV | BAKAT TV, pertandingan bagi mencungkil bakat baharu dalam semua bidang hiburan yang dibuat secara tahunan oleh Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). Bakat TV dimulakan pada tahun 1970 dan berakhir pada tahun 1981. Selepas itu, Bakat TV ditukar bentuk menjadi Bakat RTM. Pada tahun 1970, semua jenis bakat digabungkan dalam satu pertandingan iaitu nyanyian solo, nyanyian berpadu suara, solo instrumental, pancaragam, aneka persembahan (silap mata, mimik dan lawak jenaka), dan disiarkan di televisyen secara bersiri. | BUDAYA | Kegiatan |
BINTANG RADIO | BINTANG RADIO, pertandingan nyanyian tahunan yang popular di kalangan pendengar Radio Malaysia sebelum adanya siaran televisyen. Pertandingan ini diperkenalkan pada tahun 1956 dan ditamatkan pada tahun 1970. Tujuannya adalah untuk mencungkil dan memupuk bakat baru dalam bidang seni suara. Usaha ini juga menggalakkan lebih ramai penyanyi tempatan memperbaiki mutu seni suara untuk rakaman piring hitam atau persembahan di kelab malam. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
PERADUAN MENGARANG NOVEL | PERADUAN MENGARANG NOVEL, peraduan menulis genre novel. Peraduan ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk, mencungkil dan mempergiatkan lagi pengarang novel yang berbakat, terutama pengarang yang baru menceburkan diri dalam bidang ini. Ia juga untuk meningkatkan nilai penciptaan, mempelbagaikan tema dan persoalan yang berhubungan dengan kemasyarakatan dan kemanusiaan pada sesuatu konteks zaman. Penganjur juga berharap agar peraduan ini akan berhasil memperbanyakkan novel dalam khazanah kesusasteraan Melayu moden. | SASTERA | Konsep |
ORKESTRA RTM | ORKESTRA RTM, kumpulan pancaragam yang ditubuhkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, Orkes Radio Malaya yang ditubuhkan pada tahun 1956 diberi nama Orkes Tiga Serangkai. Orkes ini dipimpin oleh Alfonso Soliano yang juga pemain piano dan dianggotai oleh Mahadzir Yassin, pemain dabal bes dan J.J. Villinguez, pemain dram. Orkes ini menyediakan rancangan muzik untuk siaran. Semasa diadakan Pertandingan Mencipta Lagu Kebangsaan dan Bintang Radio yang bertujuan untuk mencungkil bakat pencipta lagu dan penyanyi, orkes ini mempunyai lapan orang ahli dan ditukar nama kepada Orkes Studio Puspa Irama. | BUDAYA | Kegiatan |