Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.daf.tar] | مندفتر

Definisi : , mendaftarkan memasukkan (men­catatkan) dlm daftar, mengurus supaya ter­catat dlm daftar (nama dan biasanya juga keterangan penting atau yg diperlukan): para peminat diminta supaya ~ namanya di kantor kami; ibu bapa diminta segera ~ anak-anak mereka yg layak masuk ke sekolah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendaftar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIDDIQIY, MUHAMMAD NAJATULLAH

Siddiqiy, Muhammad Najatullah (1350 H.– / 1931 M.– ),

pemikir Islam dari Arab Saudi. Dia lahir di bandar Kurakubur, India.

Dia ialah tokoh penting yang membina fahaman

ekonomi Islam moden. Dia mendapat pendidikan

rendah, menengah dan sains di Sekolah

Islamiyyah Universiti Allahabad yang terletak di

Kurakubur, kemudian mendaftar di Ma‘had

Thanawiy li al-Dirasat al-Islamiyyah. Di situ dia

belajar dengan mendalam ilmu tafsir, hadith, fiqh

dan bahasa Arab selama lima tahun. Dia menamatkan

pengajiannya di ma‘had tersebut pada tahun 1955.

Kemudian dia menuntut di Universiti Islam Aligarh sehingga

berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1958 dan

memperoleh Ijazah Sarjana pada tahun 1960, serta Ijazah Kedoktoran

dalam bidang ekonomi pada tahun 1966. Seterusnya dia bertugas sebagai

pensyarah di Universiti Islam Aligarh, dan dilantik

sebagai Profesor Madya pada tahun 1975.

UMUM 
JOSE RIZAL

JOSE RIZAL, (1861- 1896), nasionalis Filipina.  Dia lahir pada 19 Jun 1861 di Kalamba, Laguna, Filipina.  Dia ialah anak Francisco Mercado dan Teadora Alonza.  Dia mendapat pendidikan  awal daripada seorang pengajar  persendirian di Binyang dan kemudian dihantar ke Manila untuk mengikuti pendidikan selanjutnya.  Dia mendaftar diri di Afeneo Municipal untuk mempelajari puisi, matematik, retorika, lukisan dan seni ukir yang dijalankan oleh golongan Jesuit. 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PARID WARDI SUDIN

PARID WARDI SUDIN (1944-     ), ahli akademik dan arkitek.   Dia lahir pada 9 Februari 1944 di Johor dan mendapat pendidikan awal di Johor.  Pada tahun 1964, dia melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di University of Wales, United Kingdom dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia dan mendapat Diploma Seni Bina pada tahun 1970.  Sekembalinya ke tanah air, dia terus mendaftar dengan Pertubuhan Arkitek Malaysia.  Dia kemudian menjadi arkitek berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia.

BUDAYATokoh

Kembali ke atas