Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da/] | مندق

Definisi : 1. lumpur (pasir, habuk, dll) yg tenggelam ke dasar sungai dll, pepejal yg men­dap ke bawah (dlm air dll): sungai itu mem-bawa ~ dgn banyaknya; 2. turun ke bawah dan bertimbun di dasar (spt pasir dll), mendap: butir-butir ini ~ berlapis-lapis; batu ~ batu yg terjadi drpd lapisan atau timbunan mendak; memendakkan membiarkan memendap (dlm air dll); mendakan pepejal yg tidak larut yg terhasil dlm sesuatu tindak balas kimia (yg berlangsung dlm larutan); pemendakan proses menjadi mendak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da/] | مندق

Definisi : 1 lumpur, pasir dll yg tenggelam ke dasar sungai dll. 2 turun ke bawah dan berlonggok di dasar (bkn pasir dll). memendakkan membiarkan benda-benda, spt pasir turun ke bawah. pemendakan perihal (proses dll) mendak atau memendakkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mendak (kata nama)
Bersinonim dengan mendap, turun ke bawah;,
Kata Terbitan : memendakkan, mendakan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TETAMBAKTimbunan bahan mendak di atas tebing sungai, berlaku apabila aliran sungai melimpasi tebing.GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
PALEONTOLOGI

Paleontologi ialah kajian secara saintifik tentang

haiwan, tumbuhan dan organisma lain yang hidup

pada zaman prasejarah – yakni lebih 5500 tahun

dahulu. Tinggalan fosil organisma terdapat pada

batuan enapan (batuan yang terbentuk oleh bahan

mineral yang mendak dari udara, ais atau air).

Organisma yang kini sudah menjadi fosil hidup ketika

batuan itu sedang terbentuk. Organisma ini terbentuk

dan terawet semasa lapisan batuan itu bertindih-

tindih.

UMUM 
TASIK BLUE

Tasik Blue, terletak di lekukan yang curam kon

gunung berapi lama, iaitu Gunung Gambier, di

Australia Selatan. Kedalaman maksimumnya ialah

77 meter. Warna airnya akan berubah daripada

kelabu pada musim sejuk kepada biru pada musim

panas. Sebab-sebab berlakunya perubahan ini

tidak difahami dengan sepenuhnya. Teori yang

paling munasabah ialah bahawa kalsium karbonat

yang larut dalam air mendak semasa musim panas

dan butir-butirnya menyerakkan cahaya matahari.

Lihat Cahaya (penyerakan).

UMUM 

Kembali ke atas