Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.mai.kan] | مندامايکن

Definisi : , memperdamaikan 1. mem­­­baik­kan dua pihak (negara dsb) dgn me­namatkan atau menyelesaikan perselisihan dsb, mewujudkan (memulihkan) perhubungan berbaik-baik antara dua atau beberapa pihak (negara dsb) yg bermusuhan (berperang, ber­telingkah, berselisihan, dsb): Amerika Syarikat dan Britain berharap agar negeri Jepun berusaha ~ Indonesia dgn Malaysia; 2. membincangkan atau merundingkan utk men­capai persetujuan: sebelum menduduki rumah, lebih baik kita damaikan dahulu tentang sewanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.mai.kan] | مندامايکن

Definisi : menjadikan damai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendamaikan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEMENGGUNG JUGAH ANAK BARIENG, TUN

TEMENGGUNG JUGAH ANAK BARIENG, Tun (1900-1981), ahli politik. Dia lahir di Nanga Gaat, Kapit, Sarawak. Penglibatan awalnya dalam politik bermula pada 1 Mei 1924, apabila dia dilantik sebagai penghulu. Dia telah mendamaikan permusuhan yang telah lama berlaku antara kaum Iban dengan suku kaum Kayan, Kenyah dan Kajang. Semasa pendudukan Jepun (1941-1945), dia bersama-sama pengikutnya telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menentang tentera Jepun.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PERCERAIAN

PERCERAIAN, pembubaran sebuah perkahwinan.  Dalam masyarakat Melayu, penceraian berlaku mengikut peraturan dan ketetapan agama Islam.  Apabila suami melafazkan talak kepada isterinya, secara automatik mereka telah bercerai.  Walaupun hak melafazkan talak diberi kepada suami, tetapi dalam kes tertentu, isteri juga boleh  meminta cerai.  Kadi boleh meluluskan fasakh (talak) jika alasan yang munasabah diberi.  Dari segi Islam, penceraian hanya sebagai pilihan terakhir, jika usaha lain untuk mendamaikan perkahwinan gagal.  Semua perceraian mesti didaftarkan di pejabat kadi daerah.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas