ANGIOPLASTI | Angioplasti ialah teknik membuka arteri yang tersumbat oleh mendapan kolesterol, kalsium, dan bahan-bahan lain. Mendapan sedemikian dinamakan plak . | UMUM | |
MENCARI GALI | Mencari gali bererti mencari mendapan mineral yang berharga. Pencari gali telah menjumpai simpanan batu arang, petroleum, uranium dan bahan-bahan bakar lain, yang amat penting kepada industri. Mereka juga telah menjumpai longgokan kuprum, berlian, emas, besi dan beberapa mineral penting yang lain. | UMUM | |
KIPAS LANAR | Kipas lanar ialah mendapan kelodak, pasir, batu kerikil yang berlapis-lapis dan berselang-seli dengan bahan lain. Pada umumnya garis susur lanar berbentuk kipas. | UMUM | |
ALUVIUM | Aluvium ialah tanah, pasir, batu kerikil, tanah liat, kelodak, atau bahan-bahan lain yang dimendapkan oleh air yang mengalir. Mendapan aluvium berlaku apabila sungai atau anak sungai berkurangan halajunya ketika mengalir menuruni lereng gunung atau memasuki tasik, laut pedalaman, atau teluk yang tenang. | UMUM | |
PROJEK MINYAK SYAL RUNDLE | Projek Minyak Syal Rundle merupakan satu rancangan untuk melombong bagi mendapatkan minyak syal yang terletak di pantai timur Queensland, Australia, kira-kira 30 kilometer ke barat laut Gladstone. Mendapan itu mengandungi kira-kira 5000 juta tan metrik minyak syal. Di sebuah kawasan kira-kira 15 kilometer persegi, lima telaga minyak syal telah ditemui pada kedalaman antara 15 hingga 350 meter di bawah permukaan. | UMUM | |
SANTIAGO | Santiago (pend. 4 385 481) ialah ibu negara dan bandar raya yang terbesar di Chile. Ia merupakan pusat kebudayaan, ekonomi dan pengangkutan Chile. Santiago terletak di tengah-tengah Chile, lebih kurang 144 kilometer di timur Lautan Pasifik (lihat Chile [peta politik]). Pada tahun 1500-an, harapan akan mendapat mineral ladang yang subur dan mendapan mineral yang kaya mula-mula menarik peneroka ke kawasan ini. Kini Santiago longgokan bandar yang menarik dengan ciri seni bina zaman penjajahan, jalannya yang lebar dan taman-taman di lereng bukit. | UMUM | |
TAKONIT | Takonit ialah batu keras yang mengandungi lebih kurang 30 peratus besi dalam bentuk serbuk halus besi oksida. Kandungan yang selebihnya terdiri daripada mineral yang dinamakan chert . Takonit banyak didapati di Banjaran Mesabi di Minnesota, Amerika Syarikat. Ia adalah batuan induk yang daripadanya terbentuk mendapan bijih besi Mesabi yang terkenal. Longgokan bijih besi yang penting ini berada bertaburan dalam kawasan takonit yang panjangnya 160 kilometer dan lebarnya 1.5 kilometer hingga 3 kilometer. Besi dalam takonit wujud terutamanya sebagai oksida hitam magnetit atau batu magnet dan oksida merah hematit . | UMUM | |
TELUK MORETON | Teluk Moreton ialah serokan yang besar di pantai tenggara Queensland, Australia, kira-kira 29 kilometer dari Brisbane. Teluk Moreton mempunyai pelabuhan di Sungai Brisbane membentuk pintu masuk. Tiga buah pulau besar, iaitu Bribie, Moreton dan Stradbroke Utara mengelilingi sebahagian teluk ini. Pulau-pulau ini merupakan kawasan pelancongan yang terkenal. Pulau Stradbroke mempunyai mendapan mineral pasir yang penting. Pulau Moreton dikenali dengan bukit pasirnya, kadangkala ketinggiannya mencapai 275 meter. | UMUM | |
ARAB SAUDI | Arab Saudi ialah sebuah negara yang besar di Timur Tengah yang juga salah sebuah negara pengeluar petroleum yang utama di dunia. Kebanyakan kawasan negara ini terdiri daripada gurun yang luas yang dihuni oleh sejumlah kecil penduduk dengan sedikit atau tiada tumbuh- tumbuhan. Tetapi, di dasar bumi Arab Saudi terdapat mendapan petroleum yang terbesar di dunia. | UMUM | |
SYAL MINYAK | Syal minyak ialah batu endapan yang lembut dan berbutir halus. Daripada syal minyak diperoleh minyak dan gas asli. Syal minyak terdiri daripada lapisan kelodak berwarna coklat muda dan lapisan kerogen yang lebih gelap, iaitu bahan organik berlilin yang berasal daripada tinggalan alga biru-hijau dan jirim hidup yang lain. Mendapan batu syal yang banyak terdapat di selatan Brazil, timur laut China, Estonia, Sweden, dan Amerika Syarikat. | UMUM | |