Moyola, Lord (1923–2002) ialah Perdana Menteri Ireland Utara dari tahun 1969 hingga tahun 1971. Nama sebenarnya ialah James Dawson Chichester- Clark. Semasa dia mula dilantik, dia telah dirayu untuk meneruskan pembaharuan yang dimulakan oleh perdana menteri sebelumnya, Terence O’Neill. Tetapi pertama sekali, dia perlu mengembalikan kedamaian di wilayah tersebut, selepas berlakunya kekacauan. Dia juga perlu memulihkan semula perpecahan yang berlaku dalam Parti Kesatuan Ulster. Pada awalnya dia mendapat sedikit kejayaan di dalam kedua-dua usaha tersebut tetapi rusuhan yang serius berlaku pada bulan Ogos 1969. Dia terpaksa meminta kerajaan United Kingdom menghantar tentera untuk menjaga keamanan. |