MEMBACA | Membaca ialah perbuatan untuk mendapatkan makna daripada perkataan bercetak atau bertulis. Membaca adalah asas kepada pembelajaran dan satu daripada kemahiran yang paling penting dalam kehidupan sehari-hari. Membaca adalah kunci kepada semua jenis maklumat. Ia membolehkan kita mempelajari cara membina atau memasang benda, menikmati cerita, mengetahui kepercayaan orang lain, melatih imaginasi kita, meluaskan minat kita dan membina idea dan kepercayaan kita sendiri. | UMUM | |
AYAM PENELUR | Ayam yang diternak untuk mendapatkan telurnya. | PERTANIAN | Flora dan Fauna |
PEMPLASTIK | Bahan yang dicampurkan dengan bahan polimer bagi mendapatkan sifat aliran dan kebolehprosesan yang lebih baik dan seterusnya mengubah sifat fizikal produk tersebut. Pemplastik ialah bahan organik berberat molekul rendah tetapi mempunyai takat didih yang tinggi. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
PELARIAN POLITIK | Seseorang yang melarikan diri ke negara asing untuk mendapatkan perlindungan daripada ditahan oleh pemerintah di negaranya sendiri. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
ALIRAN SEARUS | Aliran seragam yang segaris dengan garis arus. Untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang aliran searus, sebaik-baiknya fungsi halaju medan aliran ditulis seperti yang berikut: < Gambarajah > Garis arus ialah garisan yang menghubungkan londar semua titik dalam medan aliran dengan vektor halaju V, bertangen dengannya, iaitu V x ds = 0. Medan aliran bendalir biasanya boleh juga dicirikan oleh bentuk susuk halalu. Susuk halaju ialah bentuk fungsi yang menggambarkan perubahan halaju terhadap perubahan koordinat ruang, x, y, dan z. Medan aliran dikatakan berdimensi tiga jika susuk halaju itu merupakan fungsi yang pengungkapannya memerlukan ketiga-tiga paksi ruang x, y, dan z. Contoh medan aliran berdimensi tiga ialah medan aliran yang terjadi di dalam sebuah saluran yang berkeratan rentas segi empat. Panjang, lebar, dan tinggi saluran haruslah terhingga. Saluran yang panjang akan menyebabkan komponen halaju dalam arah paksi saluran menjadi tetap, iaitu .......Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
ORANG TEBUSAN | Orang tebusan ialah orang yang ditahan untuk mendapatkan sesuatu tuntutan pembayaran secara paksaan bagi memenuhi sesuatu perjanjian atau tuntutan. Sekiranya perjanjian atau tuntutan itu tidak ditunaikan, orang tebusan ini mungkin akan dibunuh. | UMUM | |
AYAM ITIK | Ayam itik ialah haiwan yang dipelihara bagi mendapatkan daging dan telur untuk dijadikan makanan. Ayam dan ayam belanda merupakan jenis ternakan yang paling banyak dipelihara. Ternakan lain yang penting termasuklah itik, angsa, ayam mutiara dan ayam denak. Sesetengah jenis ternakan ini sangat berharga di negara-negara tertentu. Contohnya, ayam mutiara dan itik nila adalah ternakan penting di Perancis, manakala petani di bahagian timur Eropah pula memelihara banyak angsa. | UMUM | |
TINJAUAN PENDAPAT UMUM | Tinjauan pendapat umum ialah satu kajian untuk mendapatkan sikap, kepercayaan, atau pendapat sebilangan besar orang ramai. Populasi yang diliputi mungkin termasuk jutaan individu tetapi sebenarnya hanya sebilangan kecil daripada mereka sahaja yang disoal. Jika mereka telah dipilih dengan berhati-hati, pendapat mereka biasanya mencerminkan pendapat keseluruhan kumpulan dengan tepat. | UMUM | |
RESPIRASI | Respirasi ialah proses bagi manusia dan lain-lain benda hidup mendapatkan dan menggunakan oksigen. Kecuali mikroorganisma tertentu, semua benda hidup memerlukan oksigen untuk hidup. Respirasi juga melibatkan penyingkiran karbon dioksida, iaitu gas yang dikeluarkan apabila sel menggunakan oksigen. | UMUM | |
DNA REKOMBINAN | Kejuruteraan yang menggunakan teknik DNA (Deoxyribonucleic Acid) rekombinan untuk memanipulasi gen bagi mendapatkan ciri-ciri baru yang lebih baik. | KEJURUTERAAN | Konsep |