FONOLOGI BAHASA MELAYU, sistem bunyi bahasa Melayu. Tujuan utama kajian fonologi adalah untuk menemui prinsip-prinsip yang mendasari sistem bunyi sesuatu bahasa itu di samping menemui jumlah fonem di dalamnya. Pada umumnya, fonologi dikaji dengan mengumpulkan bunyi-bunyi bahasa dalam sesuatu bahasa itu untuk dibanding-bandingkan sehingga perbezaan antara bunyi itu terserlah dalam konteks fonem, fitur distingif atau unit fonologi yang lain, mengikut kerangka teori yang digunakan.
Thanks for clicking. That felt good.