Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.sar.kan] | منداسرکن

Definisi : menggunakan (memakai) sbg dasar: perkahwinan harus didasarkan pd cinta dan kasih sayang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.sar.kan] | منداسرکن

Definisi : memakai sbg dasar: Kekuatan sesebuah negeri itu biasanya didasarkan pd kekuatan tenteranya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendasarkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENNONITE

Mennonite tergolong dalam kumpulan Kristian

Protestan yang dikenal kerana pendekatannya yang

sederhana dalam berpakaian, cara hidup, dan

beribadat. Mennonite mendasarkan kepercayaan

mereka kepada Bible, terutamanya Kitab Perjanjian

Baru. Akidah mereka berdasarkan Sermon on the

Mount (Matt. 5–7). Bagi Mennonite, berperang,

bersumpah, atau memegang jawatan dengan

menggunakan kekerasan adalah ditegah.

UMUM 
ANTILL, JOHN

Antill, John (1904–1986), penggubah Australia

yang terkenal kerana suit baletnya Corroboree ,

yang dipersembahkan buat pertama kalinya pada

tahun 1946. Dia mendasarkan gubahan pada nada

yang didengarnya semasa Orang Asli Australia

bernyanyi di kawasan petempatan La Perouse, di

Sydney. Dia belajar menggubah lagu, di New

South Wales State Conservatorium of Music dan

menyertai kakitangan muzik Australia Broadcasting

Commission pada tahun 1934. Antill turut

menggubah beberapa lagu balet yang lain dan

kerja-kerja orkestra, teater dan muzik filem. Dia

lahir di Sydney.

UMUM 
ASTROLOGI

Astrologi ialah kajian bagaimana matahari, bulan,

planet dan bintang kononnya berkaitan dengan

kehidupan dan kejadian di bumi. Ia berdasarkan

kepercayaan bahawa cakerawala membentuk pola

yang boleh menggambarkan watak atau masa depan

seseorang. Kebanyakan orang di seluruh dunia

percaya pada astrologi. Mereka mendasarkan

keputusan penting atas nasihat ahli astrologi (orang

yang menilik nasib dengan mengkaji bintang). Orang

lain mengatakan bahawa astrologi tidak mempunyai

asas saintifik. Astrologi berbeza daripada astronomi.

Astrologi berkembang daripada satu set prinsip yang

berasal lebih 2000 tahun dahulu.

UMUM 

Kembali ke atas