KALA-AZAR | Kala-azar ialah sejenis penyakit yang mendatangkan kesan ke atas manusia dan haiwan. Penyakit ini disebabkan oleh parasit yang tergolong dalam Leishmania, iaitu satu kumpulan organisma satu sel. | UMUM | |
ONTARIO | Ontario (pend. 10 084 885) ialah provinsi Kanada. Kira-kira satu per tiga daripada penduduk Kanada tinggal di Ontario. Industri perkhidmatan mendatangkan pendapatan yang besar kepada Ontario. Industri pembuatan di Ontario mengeluarkan keluaran yang sama banyak dengan keluaran sembilan provinsi lain yang digabungkan. Ontario merupakan provinsi pertama antara provinsi Kanada yang meraih pendapatan melalui pertanian dan menduduki tempat kedua selepas Alberta dalam bidang perlombongan. Ontario mempunyai lombong nikel, uranium, dan emas. | UMUM | |
MAGIS | Magis ialah penggunaan kuasa luar biasa oleh seseorang untuk cuba mengawal tindakan manusia ataupun kejadian semula jadi. Magis sering kelihatan seperti mendatangkan hasil, tetapi hasil itu mungkin sebenarnya tercapai disebabkan perkara-perkara lain. Contohnya, seseorang mungkin mahu menggunakan ilmu magis untuk membuat musuhnya sakit. Musuhnya yang mengetahui perbuatan ini menjadi takut dan benar-benar jatuh sakit. | UMUM | |
SISTEM IMUN | Sistem imun ialah sekumpulan sel, molekul dan tisu yang membantu mempertahankan badan daripada penyakit dan penceroboh berbahaya yang lain. Sistem imun memberi perlindungan daripada pelbagai bahan yang boleh mendatangkan kerosakan yang mencerobohi badan. Bahan ini termasuk organisma penyebab penyakit seperti bakteria, kulat, parasit, dan virus. Keupayaan badan untuk menahan penceroboh ini dikenali sebagai keimunan. | UMUM | |
AUDUBON, JOHN JAMES | Audubon, John James (1785–1851), orang Amerika, antara mereka yang pertama mempelajari tentang burung dan melukis burung di Amerika Syarikat. Lukisan burungnya yang seakan hidup di dalam suasana semula jadi telah mendatangkan kemasyhuran dan kekayaan kepadanya. | UMUM | |
BERSUNYI-SUNYIAN | BERSUNYI-SUNYIAN, perbuatan berdua-duaan lelaki Islam dengan perempuan Islam yang bukan muhrimnya. Ini termasuklah perbuatan bersekediaman atau bersekedudukan, berkurung atau bersembunyi dalan keadaan yang mendatangkan syak. Dalam konteks undang-undang Islan di Malaysia, keadaan ini disebut berkhalwat. | BUDAYA | Konsep |
PLASEBO | Plasebo ialah sejenis bahan yang kadangkala digunakan oleh doktor sebagai ubat walaupun ia tidak mengandungi sebarang ramuan bahan yang aktif. Plasebo boleh melegakan pesakit dan ada kalanya menyembuhkan pesakit. Plasebo kelihatan sama seperti dadah biasa, tetapi biasanya hanya mengandungi larutan gula atau garam. Doktor ada kalanya menggunakan plasebo sebagai dadah biasa kerana mendatangkan kesan positif terhadap kira- kira 30 peratus pesakit. Pembaikan hasil penggunaan bahan bukan aktif ini dikenali sebagai kesan plasebo. | UMUM | |
BADI | BADI, kuasa luar biasa yang tidak berbentuk peribadi yang terdapat pada benda tertentu seperti anggota manusia, bentuk alam yang luar biasa seperti busut, binatang atau bangkai binatang. Badi boleh mempengaruhi badan manusia untuk mendatangkan kesan seperti sakit dan kelemahan. | BUDAYA | Konsep |
SURAH SAD | Surah Sad ialah salah satu dari surah Makkiyyah, surah yang ke-38 mengikut susunan surah-surah al- Qur’an dan mengandungi 88 ayat. Sad adalah salah satu daripada huruf-huruf abjad Arab. Surah ini dinamakan Sad sebagai isyarat kepada satu daripada huruf-huruf hija‘iyyah untuk memuji mukjizat al-Qur’an yang mencabar seluruh manusia untuk mendatangkan sebuah kitab sepertinya yang tersusun daripada huruf-huruf tunggal. | UMUM | |
BEBAYUH | BEBAYUH, pengubatan tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Melanau di Sarawak, di daerah Bintulu, upacara bebayuh dikenal sebagai ‘puat’. Bebayuh merupakan upacara memanggil atau menyeru hantu-hantu yang boleh mendatangkan penyakit. | BUDAYA | Konsep |