Nuffield, Lord (1877–1963), William Richard Morris, pelopor pembuatan motokar. Dia membuat motokarnya yang pertama pada tahun 1911. Dia mula mengeluarkan kereta secara besar-besaran di United Kingdom selepas Perang Dunia I dan, menjelang tahun 1926, syarikatnya membuat 100 000 buah kereta setahun. Seorang dermawan, Nuffield mendermakan satu juta paun dan tapak bagi Nuffield College kepada Oxford University. Pada tahun 1943, dia menubuhkan Yayasan Nuffield bagi penyelidikan pendidikan, perubatan, saintifik, dan sosial dengan hadiah 10 juta paun. Nuffield lahir di Worcester , England. Dia dilantik menjadi baronet pada tahun 1929 dan menjadi Lord Nuffield pada tahun 1934. |