YORUBA | Yoruba ialah nama satu kaum yang mendiami kawasan barat daya Nigeria serta sebahagian Benin dan Togo di Afrika Barat. Terdapat lebih 17 juta orang Yoruba tinggal di kawasan ini. | UMUM | Bangsa/Suku/Kaum |
ORANG KURDISTAN | Orang Kurdistan ialah kaum yang mendiami kawasan pergunungan di barat daya Asia. Tanah air mereka tersebar luas merangkumi sebahagian daripada kawasan di Armenia, Iran, Iraq, Syria, dan Turki. Bilangan orang Kurdistan di kawasan ini tidak dapat dipastikan, tetapi dianggarkan berjumlah kira-kira 20 juta orang. Sebahagian besar orang Kurdistan ialah pengikut Sunni. Mereka bertutur bahasa Kurdistan, iaitu sejenis bahasa Indo-Eropah yang berkait rapat dengan bahasa Parsi. | UMUM | |
KUKUKUKUS | Kukukukus ialah kaum yang mendiami kawasan pergunungan berceranggah New Guinea, yang terletak di antara Teluk Huon dan Teluk Papua. | UMUM | |
ORANG WALLON | Orang Wallon ialah sekumpulan orang yang mendiami selatan Belgium. Kawasan yang mereka diami dinamakan Wallonia. Kawasan ini terdiri daripada provinsi Hainaut, Liege, Luxembourg, Namur, dan separuh bahagian selatan Brabant (lihat Belgium [peta politik]). Orang Wallon berjumlah lebih kurang 30 peratus daripada penduduk Belgium. | UMUM | |
KAURNA | Kaurna ialah sekumpulan lebih kurang 300 Orang Asli yang mendiami Dataran Adelaide semasa kedatangan orang Inggeris ke Australia Selatan pada tahun 1836. | UMUM | |
JAH HET, | JAH HET, etnik Orang Asli di Malaysia daripada rumpun Senoi yang mendiami beberapa kawasan perkampungan seperti Kampung Pos Penderas, Kampung Pasu, Kampung Mendoi, Kampung Paya Keledan, Kampung Pian, Kampung Galung, Kampung Seboi dan beberapa kawasan perkampungan kecil lain di sekitar Lembah Krau dalam daerah Temerloh dan Jerantut, Pahang. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
KAUM KANAAN | Kaum Kanaan ialah orang yang disebut dalam Wasiat Lama . Kaum Kanaan mendiami Canaan, nama Palestin dalam kitab Bible, kira-kira pada tahun 3000 S.M. Mereka merupakan penduduk utama di tanah ini sehinggalah orang Israel menakluknya pada tahun 1200 S.M. (lihat Palestin [Sejarah awal dan penempatan orang Ibrani]). | UMUM | |
ORANG MOOR MAGHRIBI | Orang Moor Maghribi ialah nama yang diberikan oleh orang Rom dalam sejarah klasik terhadap penduduk yang mendiami kawasan pantai Afrika Utara. Mereka juga menggunakan istilah Mauritania bagi menyebut nama kawasan tempat bermastautinnya kaum Moor. Kaum Moor adalah salah satu kaum yang berasal dari satu komuniti yang terbesar, iaitu kaum Barbar. Lihat Barbar. | UMUM | |
NABI YUNUS A.S. | Nabi Yunus a.s. ialah nabi yang diutuskan oleh Allah SWT kepada para penduduk Nairawi yang mendiami kawasan Mosul di Iraq, iaitu tempat tersebarnya penyembahan berhala. Nama sebenar baginda ialah Yunus ibn Matta. Matta ialah nama ibu Nabi Yunus a.s. Tiada seorang pun daripada para rasul dinisbahkan kepada ibu mereka kecuali Nabi Yunus a.s. dan Nabi Isa a.s. Nabi Yunus a.s. berasal daripada Bani Israel keturunan Bunyamin iaitu salah seorang anak Nabi Ya’kub a.s. yang juga saudara kepada Nabi Yusuf a.s. | UMUM | |
AHLI SUFFAH | Ahli Suffah ialah golongan fakir miskin mukmin dalam kalangan para sahabat Rasulullah SAW yang tidak mempunyai rumah untuk didiami. Oleh itu, mereka mendiami suatu sudut yang teduh di Masjid Nabawi di Madinah. Mereka dikenali dengan nama Ahli Suffah dan kadang-kadang disebut juga sebagai Ashab al-Zillah (orang yang berteduh) dan Duyuf al- Islam (tetamu Islam). Perkataan Suffah ialah perkataan Arab dan apabila dikaitkan dengan bangunan, ia bererti sesuatu bahagian yang teduh di dalam bangunan itu, yang menyerupai ruang legar yang luas dan tinggi. Ibn Taymiyyah berkata, “ Al-Suffah yang dikaitkan dengan nama Ahli Suffah kalangan sahabat Nabi SAW, terletak di bahagian hujung sebelah utara masjid Nabi SAW di Madinah al-Munawwarah.” Ia ialah tempat fakir miskin dari kalangan orang mukmin berteduh, iaitu mereka yang tidak mempunyai keluarga dan tidak ada tempat berteduh. | UMUM | |