Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.di.di/] | منديديق

Definisi : menjaga (memelihara dsb) dan melatih (mengajar dll) baik-baik: ~ kanak-kanak bukan satu perkara yg boleh di­pandang ringan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.di.di/] | منديديق

Definisi : menjaga dan mengajar (melatih dll) baik-baik: Ibu bapa harus ~ anak-anak mereka sejak kecl lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendidik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KARTUN

Kartun ialah lukisan atau siri lukisan yang

menerangkan sesuatu cerita atau menjelaskan

sesuatu mesej. Kartun mungkin menghiburkan,

mendidik atau memberi komen tentang seseorang,

sesuatu kejadian ataupun perkara.

UMUM 
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA

pertubuhan atau badan induk untuk membimbing para penganut yang baru memeluk Islam ataupun saudara baru. Objektifnya adalah untuk mendidik serta membimbing saudara baru melalui pelbagai aktiviti dan program kebajikan yang dilakukan secara langsung kepada masyarakat bukan Islam di negara ini.

AGAMAInstitusi/Organisasi
SISTERS OF MERCY

Sisters of Mercy ialah biarawati yang

menganggotai mazhab Roman Katolik. Misi utama

Sisters of Mercy ialah menjaga orang miskin dan

orang sakit — terutamanya wanita yang menderita

— dan mendidik golongan muda. Kumpulan ini

diasaskan di Dublin pada tahun 1827. Pengasasnya

dan ketua biarawati yang pertama ialah Catherine

McAuley (Mother Mary Catherine).

UMUM 
TJIPTO MANGOENKOESOEMO

TJIPTO MANGOENKOESOEMO (1886 – 1943), pejuang kemerdekaan Indonesia. Dia lahir di Pencangaan, Jepara, Jawa Tengah, Indonesia. Ayahnya, seorang guru di sekilah dasar di Ambarawa dan Semarang telah mendidik anak-anaknya dengan pendidikan moden. Tjipto memasuki sekolah Stovia (sekolah menengah untuk mendidik doktor-Jawa) ketika berusia 13 tahun dan tamat pada tahun 1905. dia memulakan tugasnya sebagai doktor pada tahun 1905 di Banjarmasin, kemudian di Demak dan Bandung.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MAKTAB PERGURUAN TEKNIK KUALA LUMPUR

Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur (MPT), maktab perguruan yang bertanggungjawab untuk melatih dan mendidik guru yang terlatih dalam bidang teknik dan vokasional.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
ROYAL LIFE SAVING SOCIETY

Royal Life Saving Society ialah organisasi

sedunia yang berusaha mendidik orang awam

tentang keselamatan di air dan perkara lain yang

berkait dengan keselamatan di air.

UMUMUmum
ABU NUWAS

Abu Nuwas (129 H.–198 H./747 M.– 814 M.), salah

seorang penyair terkenal pada abad ke-2 H. Nama

sebenarnya ialah al-Hasan ibn Hani’. Dia lahir di

daerah al-Ahwaz, Iraq dan meninggal dunia di

Baghdad. Ibunya juga kelahiran al-Ahwaz. Bapanya

ialah seorang tentera Khalifah Marwan ibn

Muhammad dan dia merupakan penduduk

Damsyik. Abu Nuwas mempunyai dua orang

saudara, iaitu Abu Muhammad dan Abu Mu‘adh.

Ketika bapanya meninggal dunia, Abu Nuwas masih

kecil dan berusia enam tahun. Setelah itu, dia

dibawa oleh ibunya ke Basrah dan menyerahkannya

kepada seorang penjual minyak wangi dan

kemudian menghantarnya belajar di sebuah

sekolah. Di sini dia mula mengenali seorang

penyair yang suka berjenaka bernama Walibah ibn

al-Habbab. Dia mendidik Abu Nuwas sehingga

besar.

UMUM 

Kembali ke atas