Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.di.ri.kan] | منديريکن

Definisi : 1. menjadikan berdiri, me­negakkan: tiang gol di padang sekolah kami telah pun didirikan pagi tadi; 2. membina (rumah, bangunan, dsb), membangunkan: penduduk di situ bekerjasama ~ surau di kampung itu; 3. menubuhkan (persatuan, perkumpulan, dll): penduduk kampung kami sebulat suara bersetuju utk ~ sebuah kedai syarikat; ~ rumahtangga berkahwin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.di.ri.kan] | منديريکن

Definisi : 1 menjadikan atau membuat supaya berdiri; menegakkan: Ia telah ~ tiang pagar yg condong itu. 2 membangunkan atau membina (rumah, bangunan dll): Ia sudah ~ sebuah rumah batu. 3 menubuhkan sesuatu perkumpulan (persatuan dll): Mereka berusaha ~ syarikat kerjasama di kampung-kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendirikan

Peribahasa

Menegakkan sumpit tak berisi.

Bermaksud :

Mencuba menegakkan sesuatu yang mustahil. (Peribahasa lain yang sama makna: Mendirikan [= menegakkan] benang basah).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABDUL KAHAR MUZAKKARABDUL KAHAR MUZAKKAR (1921-1965), pemimpin Sulawesi, Indonesia yang memberontak menentang kerajaan pusat Indonesia untuk mendirikan sebuah Republik Islam Indonesia.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
DARUL ISLAM

DARUL ISLAM, gerakan untuk mendirikan negara Islam secara kekerasan di Indonesia. Gerakan Darul Islam muncul setelah Republik Indonesia Syarikat terbentuk (1950). Gerakan pertama muncul di Jawa Barat (1949-1962), dipimpin oleh S.M. Kartosuwirjo, seorang mahasiswa kedoktoran yang aktif dalam politik dan menyertai Sarekat Islam. Pada tahun 1940, dia mendirikan Institut Suffah di Garut, Jawa Barat. Pada peringkat awal revolusi, dia menjadi pemimpin gerila Hizbullah.

     

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
ZAYNAB BINT MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W.

Zaynab bint Muhammad Rasulullah

SAW ( ? –8H/? – 630 M), anak sulung Rasulullah

SAW. Bondanya ialah Khadijah bint Khuwaylid.

Dia merupakan anak perempuan Rasulullah yang

pertama mendirikan rumah tangga. Dia

dikahwinkan dengan anak ibu saudara nabi, Abu

al-’As ibn al-Rabi’ al-Abshami sebelum diutus

menjadi rasul.

UMUM 
THEILER

Theiler ialah nama keluarga bagi dua orang ahli

sains Afrika Selatan, iaitu bapa dan anak yang

menjadi terkenal di peringkat antarabangsa.

Sir Arnold Theiler (1867–1936) ialah penyelidik

sains veterinar. Onderstepoort di Afrika Selatan,

tempat Theiler mendirikan makmalnya, kini

mempunyai reputasi antarabangsa dalam sains

veterinar. Sir Arnold Theiler diberi penghormatan

sebagai pengasasnya.

UMUM 
NABI SULAYMAN A.S.

Nabi Sulayman a.s. Nama penuh baginda ialah

Sulayman ibn Daud ‘Alaihimassalam yang berasal

dari keturunan Yahudha ibn Ya’kub ibn Ishaq. Nabi

Allah Daud a.s. mewasiatkan kekuasaan kepada Nabi

Sulayman a.s. selepas kewafatan Nabi Daud a.s. Oleh

itu, selepas Nabi Daud wafat, Nabi Sulayman

melaksanakan wasiat tersebut. Pada ketika itu Nabi

Sulayman a.s. baru berusia 13 tahun. Meskipun

usianya masih terlalu muda, Nabi Allah Sulayman

seorang yang bijaksana, cekap dalam urusan

pentadbiran dan memiliki pendapat yang bernas

untuk memutuskan sesuatu hukum. Sebagai contoh

Nabi Allah Sulayman telah memberi pendapatnya

berkenaan bercucuk tanam seperti yang diceritakan

dalam al-Qur'an. Begitu juga, dalam mengeluarkan

fatwa apabila berlaku perselisihan pendapat antara

dua orang perempuan tentang kedudukan kanak-

kanak dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam

Bukhariy dan Muslim. Nabi Allah Sulayman

membina Baitulmaqdis selepas empat tahun dilantik

sebagai raja dan pembinaannya siap dalam masa

tujuh tahun. Nabi Allah Sulayman juga telah

mendirikan benteng di sekeliling kota Baitulmaqdis.

Selepas 13 tahun pembinaan kota tersebut, Nabi

Sulayman a.s. turut mendirikan Istana Raja pula.

Bahkan Nabi Sulayman a.s. mendirikan tempat

penyembelihan binatang korban.

UMUM 
STETSON, JOHN BATTERSON

Stetson, John Batterson (1830–1906) ialah

pengilang topi dan dermawan Amerika. Dia pergi

ke Barat pada awal tahun 1860-an untuk

memulihkan kesihatannya dan menggunakan

pengetahuannya mengikut cita rasa Barat dan

mereka bentuk topi sepuluh-gelen yang terkenal.

Dia mendirikan sebuah kilang di Philadelphia,

Pennsylvania pada tahun 1865, dan menjadi

pengilang topi yang terkemuka di Amerika.

Walaupun dia tidak pernah mendapat pendidikan

rasmi, Stetson telah membiayai untuk sebuah

akademi kecil di De Land, Florida. Akademi ini

kemudiannya menjadi Stetson University. Stetson

lahir di Orange, New Jersey.

UMUM 
ALJUNIED SYED OMAR BIN ALI

Aljunied Syed Omar bin Ali (1792–1852) ialah

ahli perniagaan dan tuan tanah keturunan Arab

yang amat dihormati yang menjadi pemimpin

komuniti Islam di Singapura. Dia mewakafkan satu

bidang tanah di Victoria Street, Singapura sebagai

tanah perkuburan orang Islam. Dia mendirikan

Masjid Benggali, di Bencoolen Street pada tahun

1845.

UMUM 
MAKAM

Makam ialah tempat menguburkan mayat.

Sesetengah makam dibina dengan menebuk

batuan, dan sesetengahnya dibina di atas tanah.

Manusia purba menggunakan makam untuk

menjaga mayat agar selamat. Orang Mesir

percaya bahawa roh orang yang sudah meninggal

akan datang mengunjungi makamnya. Mereka

mendirikan Piramid, iaitu makam paling besar di

dunia, untuk raja-raja mereka .

UMUM 
BERAS KUNYITBERAS KUNYIT, beras yang dilumur atau digaul dengan kunyit dan digunakan sebagai salah sau bahan dalam upacara tradisional.  Beras kunyit pada umumnya merupakan salah satu peralatan dalam upacara mendirikan rumah, memasuki rumah baharu, membuka ladang dan kebun serta memulakan menanam padi dan menuai.  Selain itu, beras kunyit digunakan sewaktu upacara perdukunan, ketika upacara perkahwinan, atau apa sahaja upacara yang berkait dengan budaya tanah.  Budaya tanah ini bermaksud kehidupan manusia banyak bergantung hidup pada tanah.  Walaupun beras kunyit ini juga digunakan untuk melepaskan kapal aau perahu yang pertama kali akan ke laut, tetapi orang yang ke laut ini pada dasarnya, ialah manusia berbudaya tanah.BUDAYAPerayaan/Upacara
DAENG MAREWAH

DAENG MAREWAH (? -1728), Yang Dipertuan Muda Riau-Johor yang pertama dan juga orang yang mendirikan perkampungan Bugis di Linggi dan Selangor. Daeng Marewah ialah anak yang ketiga kepada Opu Tendribureng Daeng Rilaka.

           

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
123

Kembali ke atas