Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.do.ku.men.ta.si.kan] | مندکومنتاسيکن

Definisi : mengusahakan (dgn mengumpulkan, menyusun, merakamkan, dsb) sehingga tersedia sbg dokumentasi: persatuan-persatuan kaum berkenaan harus mempunyai unit penyelidikan dan doku­mentasi sendiri utk menyelidik dan ~ khazanah budaya mereka; seseorang pe­ngumpul cerita rakyat dapat ~ bahan yg boleh menjadi bahan kajian penting utk generasi akan datang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendokumentasikan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUSAT DOKUMENTASI SASTERA H.B. JASSINPUSAT DOKUMENTASI SASTERA H.B. JASSIN, dokumentasi bahan sastera.  Sebelum mendokumentasikan karya sastera, sejak tahun 1933, H. B. Jassin sudah mula mendokumentasikan buku hariannya, tulisannya dalam akhbar dan majalah, buku sekolah, buku-buku tulisan yang berisi karangan yang ditulisnya di dalam kelas, surat peribadi dan foto peribadi.  Kecintaan H. B. Jassin terhadap dokumentasi mungkin didorong oleh ayahnya sendiri yang mempunyai perpustakaan peribadi waktu itu.SASTERAKarya
PERKAMUSAN MELAYU

PERKAMUSAN MELAYU, wahana untuk mendokumentasikan kosa kata sesuatu bahasa selengkapnya atau sebahagiannya.  Kamus diisusun untuk tujuan ilmiah dan praktis.  Dalam kamus ilmiah didaftarkan sebanyak mungkin kata sebuah bahasa, dengan perincian maknanya, ada kalanya dilengkapi dengan kata majmuk, peribahasa dan contoh pemakaiannya.  Kamus praktis disesuaikan dengan pemakai sasaran murid sekolah, golongan pemakai spesifik, misalnya kamus istilah pelbagai bidang, kamus untuk pelancong, pedagang dan lain-lainya.

BAHASAKonsep

Kembali ke atas