Richardson, Henry Hobson (1838–1886),
arkitek Amerika yang pertama memperolehi
pengiktirafan di arena antarabangsa. Dia
mendominasi bidang seni bina Amerika Syarikat
pada tahun 1870-an dan 1880-an.
Sixtus IV (1414–1484) adalah antara paus Zaman
Renaissance yang terkenal kerana jahatnya. Dia
dipilih sebagai paus pada tahun 1471, dan politik
Itali mendominasi banyak pemerintahannya. Dia
juga merupakan penaung besar bagi pembelajaran
dan seni Renaissance.
PARTI BUMIPUTERA SARAWAK, parti politik. Parti ini ditubuhkan pada tahun 1966. Kewujudan parti ini secara langsung memperlihatkan kebangkitan peribumi Islam dalam politik Sarawak. Dua buah parti Negara Sarawak (PANAS) dan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA). Kedua-dua parti ini turut dianggotai oIeh golongan bumiputera bukan Islam. Kegagalan membawa masuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ke Sarawak memaksa parti Melayu yang sedia ada mencari cara yang lain bagi menyatukan orang Melayu dalam politik Sarawak. Kegagalan menubuhkan cawangan UMNO di Sarawak berpunca daripada perlembagaan UMNO yang tidak membenarkan keahliannya daripada kaum bumiputera bukan Islam. Selain itu, timbul juga kekhuatiran bahawa kemasukan UMNO akan menyebabkan parti politik itu akan mendominasi politik Sarawak.
Thanks for clicking. That felt good.