Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.draf] | مندرف

Definisi : membuat atau menyediakan draf (surat, karangan, dsb): dia sedang ~ surat utk dihantarkan kpd Jabatan Hasil Dalam Ne­geri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.draf] | مندرف

Definisi : membuat draf (karangan, surat, lukisan dll): Dia sedang ~ surat utk dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendraf


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NOEL-BAKER, LORD

Noel-Baker, Lord (1889–1982), Baron Noel-Baker

of Derby, penerima Hadiah Nobel Keamanan pada

tahun 1959 kerana usahanya dalam pelucutan

senjata di peringkat antarabangsa. Dia bertugas di

konvensyen keamanan Paris pada tahun 1919 dan

konvensyen pelucutan senjata Geneva pada tahun

1932, dan membantu dalam mendraf Piagam

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun

1924. Dia memegang jawatan dalam kerajaan Buruh

pada tahun 1945 hingga tahun 1951. Dia menjadi

bangsawan pada tahun 1977. Philip John Baker lahir

di London.

UMUM 
SURUHANJAYA REIDKapsyen          :           Dato’ Onn Jaafar sedang menunjukkan memorandum UMNO-MCA kepada Suruhanjaya Reid, semasa kempen Pilihan Raya 1955

 

SURUHANJAYA REID, badan yang dibentuk bagi mendraf perlembagaan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Badan ini terbentuk hasil daripada pertemuan dan perbincangan kemerdekaan Tanah Melayu di London dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Setia Usaha Tanah Jajahan, Pesuruhjaya Tinggi, Menteri Negeri United Kingdom dan wakil Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra dan wakil raja-raja Melayu yang diketuai oleh Dato’ Panglima Bukit Gantang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas