AEOLIA | Aeolia ialah nama satu kaum Yunani purba. Mereka menduduki sebahagian besar kawasan di timur Greece Tengah sebelum tahun 1150 S.M. Pada akhir tahun 1100-an S.M., kaum Yunani lain dari Doria menyerang wilayah Aeolia, dan ramai orang Aeolia berpindah ke pantai barat Asia Kecil (kini Turki), dan juga ke Pulau Lesbos dan Pulau Tenedos yang berdekatan. Daerah pantai ini dinamai Aeolis. Orang Aeolia menubuhkan satu gabungan yang longgar sesama mereka. Pulau Lesbos maju sebagai pusat perdagangan yang sibuk, selain daripada menjadi tempat pengajian ilmu puisi yang masyhur. Antara penyair terkenal dari sini termasuklah Alcaeus dan Sappho. | UMUM | |
SETINGGAN DI AUSTRALIA | Setinggan di Australia pada mulanya ialah penggembala-penggembala yang menduduki tanah kerajaan secara haram. Lama-kelamaan, ramai antara mereka menjadi penternak lembu yang kaya dan dihormati. | UMUM | |
ZEBULUN | Zebulun ialah nama satu daripada 12 puak orang Israel. Puak ini menduduki kawasan di barat daya Galilee, di utara Dataran Esdraelon. | UMUM | |
DONIZETTI, GAETANO | Donizetti, Gaetano (1797–1848), penggubah opera Itali. Semasa hidupnya, dia menduduki tempat kedua selepas Gioacchino Rossini. Donizetti menulis lebih kurang 65 opera dan opereta, dan menjadi masyhur dengan kemampuannya mereka cipta opera dalam masa yang singkat. | UMUM | |
ANDREW, PRINCE | Andrew, Prince (1960– ), putera kedua Ratu Elizabeth dari United Kingdom. Dia menduduki tempat keempat dalam senarai pewarisan takhta. | UMUM | |
SARACENS | Saracens ialah panggilan yang diberikan oleh orang Barat terhadap orang Islam yang menyerang dan menduduki beberapa bahagian dunia Kristian di Asia, Afrika dan Eropah dari tahun 600-an M. hingga tahun 1000-an M. Nama ini juga ditujukan kepada orang Palestin, Syria, dan orang Moor, yang berjaya mengalahkan kerajaan Sepanyol pada tahun 700-an M. semasa Perang Salib, dan orang Saljuk yang berperang dengan tentera salib. Orang Yunani dan orang Rom pada mulanya menggunakan perkataan Saracen untuk menyatakan puak Arab yang tinggal di Gurun Siro-Arab. | UMUM | |
ORANG NORMAN | Orang Norman ialah sekumpulan orang Viking, atau Norsemen (orang Scandinavia), yang mula- mula menduduki utara Perancis, kemudiannya mara ke England, selatan Itali, dan Sicily. Pada tahun 800-an M., pahlawan Norman memulakan penaklukan dengan menyerang pantai dan lembah sungai di Perancis. Menjelang tahun 900-an M., mereka sudah pun menetap di wilayah Perancis yang terletak berhampiran muara Sungai Seine, yang sekarang dikenali sebagai Normandy. Pada tahun 911 M., seorang ketua Norman, Hrolf atau Rollo (860?–931?) menjadi duke untuk raja Frank, Charles Yang Sederhana (Charles the Simple). Orang Norman pun menganut agama Kristian dan menerima adat Perancis. Ramai orang Norman yang menjadi terkenal sebagai pentadbir, ketua gereja, dan pahlawan Perang Salib. | UMUM | |
PERANCIS | Perancis ialah negara terbesar di Eropah Barat dari segi keluasan. Paris, ibu negara Perancis dan bandar terbesar di negara ini, menduduki tempat sebagai sebuah daripada bandar yang terbesar di dunia. Selama beratus-ratus tahun, Paris telah menjadi ibu negeri kesenian dan ilmu pengetahuan di dunia. Universitinya berusia lebih 800 tahun dan merupakan salah sebuah universiti yang terbesar di dunia. Paris menarik seniman dan penulis daripada semua bangsa. Banyak seniman agung telah menghasilkan karya unggul di sana. Paris merupakan bandar yang terkenal dengan keindahan dan kegemilangan seni binanya. Setiap tahun, berjuta-juta pelancong mengunjungi mercu tanda Paris yang masyhur, seperti Katedral of Notre Dame, Menara Eiffel, dan Louvre – salah sebuah muzium seni yang terbesar di dunia. | UMUM | |
NIGERIA | Nigeria ialah negara Islam yang terletak di pesisiran pantai barat Afrika dan mempunyai penduduk paling padat di benua Afrika. Penduduknya mencecah sehingga 117 juta orang dan menduduki tempat ke-10 di dunia dari segi kepadatan penduduk. | UMUM | |
SALIM III | Salim III (1175–1223 H./1761–1808 M.), putera Sultan Mustapha III ibn Sultan Ahmad III. Baginda merupakan sultan ke-28 dalam salasilah Kesultanan Kerajaan Uthmaniyyah. Salim III menduduki takhta menggantikan bapa saudaranya Sultan Abdul Hamid I pada tahun 1203 H./1789 M. Sewaktu mengambil alih tampuk pemerintahan, keadaan negara agak huru-hara sehingga Rusia dan Austria menguasai kerajaan Uthmaniyyah sebanyak dua kali, iaitu sekitar tahun 1203 H./1789 M. Rusia juga menguasai bandar al-Hasinah yang terletak di tepi laut dan sebahagian besar negeri Aflaq, Baghdan (Molavia) dan Busarabia pada tahun 1205 H./1791 M. Persengketaan itu berakhir dengan perdamaian antara kedua-dua negara tersebut pada tahun 1206 H./1796 M. Akhirnya Rusia berkuasa di negeri al-Qaram dan sebahagian negeri Quban, Busarabia dan beberapa negeri lain. Bandar Otshakov juga diserahkan melalui Perjanjian Yash. | UMUM | |