SASTERA ISLAM | Sastera yang mendukung nilai-nilai Islam. | SASTERA | Konsep |
LEMBAGA KEBUDAYAAN NASIONAL | LEMBAGA KEBUDAYAAN NASIONAL, organisasi kebudayaan Indonesia. Lembaga Kebudayaan Nasional (LKN) berusaha menghimpun para seniman dan budayawan golongan nasionalis yang menyetujui, mendukung dan memperjuangkan suatu asas tertentu bagi mereka yang sealiran. Perjuangan ahli lembaga ini adalah untuk membela Pancasila dan memperjuangkan kepemimpinan Parti Nasionalis Indonesia (PNI) dalam mewujudkan kebudayaan Marhaenis. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
DEWAN BAHASA | DEWAN BAHASA, majalah bahasa yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1957. Keluaran sulungnya ialah pada bulan September 1957 dengan cogan kata yang berbunyi ‘Mendukung Cita-cita Bahasa Jiwa Bangsa’. Cogan kata ini selaras dengan matlamat penubuhan DBP, iaitu untuk memenuhi perjuangan dan aspirasi rakyat mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. | BAHASA | Penerbitan |
PARTI RAKYAT BRUNEI | PARTI RAKYAT BRUNEI, parti politik. Parti ini ditubuhkan pada 22Januari 1956. Parti Rakyat Brunei (PRB) dipimpin oleh A.M. Azahari yang mendukung cita-cita perjuangan nasionalisme memerdekakan Brunei daripada penjajahan British. Dia juga ingin mengembalikan keagungan wilayah Brunei, yang pernah menjadi satu empayar Melayu terkenal pada masa silam, dengan menggabungkan wilayah Borneo iaitu Sabah dan Sarawak dalam satu persekutuan yang lebih besar di bawah pemerintahan seorang sultan iaitu Sultan Brunei. Persekutuan ini akan dikenal sebagai Persekutuan Kalimantan Utara. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
YAYASAN TUN ABDUL RAZAK | YAYASAN TUN ABDUL RAZAK, yayasan kebangsaan yang ditubuhkan bagi meneruskan wawasan Tun Abdul Razak semasa hayatnya. Antara hasrat terutamanya ialah membasmi kemiskinan di kalangan semua rakyat jelata, terutama di luar bandar. Setelah pemergiannya para sahabat merasakan bahawa salah satu usaha untuk menyambung dan melanjutkan perjuangannya adalah dengan menubuhkan yayasan yang akan mendukung wawasannya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
LAMBANG DEWAN | LAMBANG DEWAN, lambang korporat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Lambang Dewan dilukis oleh Mohd. Hoessien Enas pada tahun 1957. Idea untuk mewujudkan Lambang Dewan adalah gabungan ilham Tun Syed Nasir Ismail, Pengarah DBP (1957-1969) dan Tuan Haji Abdul Samad Ahmad, Pengarang DBP (1957-1969). Lambang Dewan terdiri daripada unsur daun lontar yang bertangkaikan mata pena. Daun lontar ini pula diapit kiri kanan oleh daun resam yang pangkalnya juga berbentuk mata pena. Kedua-dua pangkal lambang tersebut diikat oleh lakar buku yang membawa nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keempat-empat unsur yang membina reka bentuk Lambang Dewan ini mempunyai pengertian khusus yang mendukung dan melambangkan tugas DBP. | BUDAYA | Konsep |