MAKAM | Makam ialah tempat menguburkan mayat. Sesetengah makam dibina dengan menebuk batuan, dan sesetengahnya dibina di atas tanah. Manusia purba menggunakan makam untuk menjaga mayat agar selamat. Orang Mesir percaya bahawa roh orang yang sudah meninggal akan datang mengunjungi makamnya. Mereka mendirikan Piramid, iaitu makam paling besar di dunia, untuk raja-raja mereka . | UMUM | |
KUIL ABU SIMBEL | Kuil Abu Simbel merupakan dua kuil Mesir purba yang dibina dengan menebuk lereng gunung berbatu di pinggir Sungai Nil, selatan Mesir. | UMUM | |
KATAKOM | Katakom ialah sistem laluan atau bilik bawah tanah yang pernah digunakan sebagai tempat pengebumian. Katakom yang paling terkenal terletak di pinggir bandar raya Rom. Orang Kristian awal menebuk katakom ini dalam batu tufa yang lembut pada tahun 200-an dan 300-an. Katakom membentuk satu rangkaian koridor dan bilik yang bersambung meliputi lebih kurang 240 hektar. | UMUM | |
TELEPENGATUR HURUF (TPH) | Telepengatur huruf (TPH) ialah sejenis mesin elektrik seperti mesin teletaip (lihat Mesin teletaip ). Ia menghantar salinan tulisan mesin taip ke suatu tempat yang jauh dan pada masa yang sama ia menebuk lubang di pita kertas. Apabila pita ini dimasukkan ke dalam mesin pengatur huruf, mesin ini secara automatik akan menjadikan salinan ini dalam bentuk yang akan digunakan untuk mencetak akhbar. | UMUM | |
BURUNG REN | Burung ren ialah nama bagi sekumpulan burung kecil yang lincah yang terdapat di kebanyakan bahagian dunia. Burung ren amat melindungi sarangnya. Sesetengah burung ren diketahui memasuki sarang burung lain yang berhampiran dan menebuk telur di dalam sarang tersebut. | UMUM | |
PETRA | Petra ialah bandar purba di selatan Laut Mati yang kini dikenali sebagai Jordan. Petra ialah pusat perdagangan yang penting pada akhir tahun 400- an S.M. hingga awal tahun 200-an. Bandar tersebut berada di jalan perdagangan darat yang menghubungkan kawasan Arab dan Laut Mediterranean . Kaum Nabataean, satu kumpulan orang Arab, berkuasa di Petra pada tahun 400-an S.M. Pada tahun 106 M., Petra ditawan oleh tentera Rom yang menjadikannya sebahagian daripada empayar Rom. Petra maju dari tahun 106 hingga awal tahun 200-an M. Penduduk Petra membina kuil-kuil di kawasan lapang dan mereka menebuk cerunan untuk membuat rumah. Petra selalu digelar bandar merah mawar kerana bangunannya yang diperbuat daripada batu merah dan cerunan merah yang mengelilinginya. | UMUM | |
PALANG | PALANG, penggunaan susuk zakar di kalangan masyarakat Dayak di Kepulauan Borneo. Palang melibatkan pembedahan pada zakar untuk memasang suatu alat yang kononnya meningkatkan rangsangan seksual di kalangan kaum wanita. Alat yang dipasang diperbuat daripada taring, buluh, kayu, logam atau tulang binatang. Zakar ditebuk seperti menebuk telinga, supaya sebatang pin atau susuk boleh dimasukkan ke dalam lubang yang telah ditebuk. Bahan-bahan lain termasuklah batu permata, kaca, biji, bulu pelepah dan bulu babi. Diameter bagi susuk ini biasanya antara 2 mm hingga 4 mm dan lebih kurang 21 mm hingga lebih 5 cm panjang. | BUDAYA | Ubat-Ubatan |