NAWAWIY, ABU ZAKARIYYA AL- | Nawawiy, Abu Zakariyya al- (631–676 H./ 1234–1278 M.), imam terkemuka, hafiz dan sangat tegas dalam menegakkan perkara makruf dan mencegah perkara mungkar. Nama sebenarnya ialah Muhy al-Din Abu Zakariyya Yahya ibn Sharaf al-Hawaraniy al-Syafi‘iyy. Dia meninggalkan keseronokan hidup dan tidak berkahwin. Dia mahir dalam pelbagai ilmu dan menjawat jawatan Syeikh di Dar al-Hadith al-Ashrafiyyah. Al-Nawawiy sangat terkenal dalam penterjemahan rencana dalam pelbagai disiplin ilmu. Ibn ‘Atar adalah salah seorang muridnya yang telah membilang karya-karyanya secara menyeluruh. Antara karya- karyanya ialah Tahdhib al-Asma’ wa Lughat wa al- Minhaj fi Sharh Muslim; al-Taqrib wal al-Taysir fi al-Mustalah al-Hadith ; al-Adhkar; Riyad al-Salihin, sebuah kitab hadith yang besar dan terkenal; al- Majmu‘ Sharh Muhadhdhab; al-Arba‘un al- Nawawiyyah dan Mukhtasar Asad al-Ghabah fi Ma‘rifat al-Sahabat dan lain-lain. | UMUM | |
KOATI | Koati yang juga dikenali sebagai koatimundi, ialah anggota famili rakun. Ia mempunyai muncung panjang yang fleksibel dan sering menegakkan ekornya yang panjang bergelang-gelang. Koati hidup di kawasan berhutan di benua Amerika, dari Arizona di Amerika Syarikat arah ke selatan hingga ke utara Argentina. | UMUM | |
MUHAJIRIN | Muhajirin ialah nama yang diberikan kepada sekumpulan sahabat Rasulullah s.a.w. yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya lebih dahulu daripada orang lain. Mereka berhijrah meninggalkan keluarga, rumah, tanah air dan harta benda semata-mata untuk menegakkan kalimah Allah dan mengembangkan agama-Nya. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar”. (Surah al-Tawbah 9:100) | UMUM | |
KALAM | Kalam, ilmu yang dapat membantu seseorang Muslim membela dan menegakkan ajaran agama khususnya yang berkaitan dengan persoalan akidah yang dinyatakan dalam al-Qur’an dan hadis. | AGAMA | Disiplin Ilmu |
SADIYYAH, KERAJAAN | Sadiyyah, Kerajaan diasaskan oleh keluarga Alawiyyah daripada keturunan al-Hasaniyyin di Maghribi. Kejatuhan kedua-dua buah kerajaan al- Mariniyyah dan al-Watasiyyah mengakibatkan berlakunya kekosongan kuasa politik di Maghribi. Rakyat mendapati perlunya dilantik Abi Abdullah Muhammad sebagai pemerintah yang akan menegakkan suruhan Allah di Wilayah al-Sus kerana dia berketurunan Ali ibn Abi Talib. Dia berasal dari Hijaz dan berhijrah ke Maghribi pada abad kesembilan Hijrah bersamaan abad ke-15 M. | UMUM | |
TALI LADUNG | Tali ladung, juga dikenali sebagai batu ladung, ialah tali yang mempunyai pemberat di satu hujungnya. Pemberat, yang dikenali sebagai unting-unting , mengekalkan tali tegak ke atas dan ke bawah. Tali ladung digunakan oleh penurap bata dan tukang batu sebagai panduan menegak dalam membina dinding. Juruukur dan jurutera menggunakan tali ladung untuk menegakkan alat lihat yang dikenali sebagai transit pada titik tertentu. Ia juga digunakan bagi menentukan kedalaman air atau penggalian. Tetapi anak kapal di kebanyakan kapal menggunakan alat yang dikenali sebagai fatometer dan sonar untuk mengukur bagi kedalaman air. Lihat juga Kerja ukur (Alat ukur). | UMUM | |
SUNAN KUDUS | SUNAN KUDUS ( ? - ? ), ulama dan pendakwah Indonesia. Nama sebenarnya ialah Sayid Jaafar Shadiq. Dia adalah salah seorang ahli Walisongo yang berjasa dalam mengembangkan dan menegakkan kerajaan-kerajaan Islam di Jawa pada abad ke-15. Dia dikatakan berasal dari Palestin dan tiba di Jawa pada tahun 1435 dengan tujuan membantu memperkembangkan agama Islam. Pada tahun 1436, dia dilantik sebagai ahli Walisongo kerana menggantikan Malik Isroil. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
EPIK ISLAM | EPIK ISLAM, karya kesuassteraan tradisional yang memaparkan kisah seseorang tokoh pahlawan yang pernah berjuang menegakkan syiar Islam. Dua contoh yang tepat dapat dikemukakan sebagai epik Islam dalam kesusasteraan Melayu ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Hanafiah. Secara umum kedua-dua hikayat ini juga dikenal sebagai sastera pahlawan. | SASTERA | Penerbitan |
GATRA | GATRA, persatuan penulis Kedah. Persatuan ini ditubuhkan pada 17 Ogos 1967. Nama lengkapnya ialah gabungan Sasterawan Sedar (GATRA). GATRA ditubuhkan hasil pertemuan beberapa orang Penulis utara di rumah Shahnon Ahmad (Dato’). Konsep GATRA ialah bergerak ke arah mengukuh sikap dan nilai diri sebagai sasterawan. Di samping itu, menegakkan prinsip nasional yang selari dengan tradisi kebangsaan dan agama Islam. Matlamat GATRA iaitu: | SASTERA | Institusi/Organisasi |
PINGGUL | Pinggul ialah bahagian badan di antara badan dengan paha. Sendi pinggul dibentuk oleh tulang pinggul (yang terdiri daripada tiga tulang yang bercantum iaitu ilium, iskium dan pubis ) dan pangkal femur (tulang paha). Pangkal femur dipadankan dengan asetabulum, iaitu rongga pada tulang pinggul. Susunan ini membentuk sendi bebola dan rongga yang memberikan kekuatan dan membolehkan pelbagai pergerakan dalam semua arah. Beberapa otot yang kuat mengelilingi sendi ini, termasuk gluteus maksimus yang besar, bulat di belakang; gluteus medius di sisi; dan rektus femoris yang panjang bak pengikat di depan. Otot-otot ini menegakkan sendi supaya seseorang boleh berdiri. Ia juga menggerakkan kaki untuk berjalan dan berlari. | UMUM | |