Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.gas.kan] | منݢسکن

Definisi : 1. menerangkan, menjelaskan: di dlm bahagian berikut akan ditegaskan mustahaknya mengajar ‘nombor asas’ dlm kira-kira campur, tolak, darab dan bahagi; 2. mengatakan (menyatakan) dgn tegas: aku ~ buat kesekian kalinya bahawa aku tidak pernah beruntung; 3. memberi ketentuan, memastikan, membenarkan: kedudukan yg sebenar mengenai perkara itu belum dapat ditegaskan oleh pihak yg berkuasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.gas.kan] | منݢسکن

Definisi : 1 me­ngata­kan dgn tegas: Dia ~ bahawa dia tidak pernah melakukan perkara itu. 2 menerangkan; menjelaskan: Perkara tsb akan ditegaskan dlm pelajaran yg berikutnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tegas (adjektif)
1. Bersinonim dengan jelas: terang, nyata, ketara, lantang,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan tepat: tentu, pasti, nyata, getas,
Berantonim dengan ragu-ragu

Kata Terbitan : menegaskan, ketegasan, penegasan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIEYÈS, EMMANUEL JOSEPHSieyès, Emmanuel Joseph (1748–1836),
yang terkenal dengan nama Abbé Sieyès, membantu
mencetuskan Revolusi Perancis dengan buku
kecilnya, What is the Third Estate? Dalam buku kecil
yang diterbitkan pada tahun 1789 ini, Sieyès
menegaskan bahawa rakyat sepatutnya mempunyai
hak untuk bersuara dalam kerajaan.
UMUMKonsep
SENJANG BUDAYA

Senjang budaya ialah kegagalan beberapa

bahagian kebudayaan untuk menjadi seiring

dengan bahagian-bahagian lain yang berkaitan.

William F. Ogburn, ahli sosiologi Amerika,

memperkenalkan istilah ini pada tahun 1920-an.

Dia menegaskan bahawa perkembangan

teknologi menyebabkan perubahan pesat berlaku

pada kebudayaan kebendaan , termasuk

perumahan, jentera, dan proses industri. Tetapi

dia melihat bahawa kebudayaan bukan

kebendaan , termasuk idea, nilai, dan sistem

sosial, biasanya berada terbelakang daripada

kebudayaan kebendaan

UMUM 
SCHOPENHAUER, ARTHUR

Schopenhauer, Arthur (1788–1860) ialah

ahli falsafah Jerman yang terkenal kerana

pandangannya yang pesimistik dan gaya prosanya

yang halus. Schopenhauer kuat dipengaruhi oleh

ahli falsafah Jerman, Immanuel Kant. Bertolak

daripada hujah Kant, Schopenhauer menegaskan

bahawa dunia yang kita alami melalui pancaindera

kita adalah perlambangan semata-mata. Yang

dimaksudkannya ialah dunia yang kita alami bukan

dunia yang benarnya, sebaliknya kita seolah-olah

memaparkan dunia ini kepada diri kita sendiri.

Semasa menggambarkan dunia ini kepada diri kita,

kita mengubahnya.

UMUM 
PERJANJIAN KEDAH-SYARIKAT HINDIA TIMUR INGGERIS

PERJANJIAN KEDAH-SYARIKAT HINDIA TIMUR INGGERIS (1880), perjanjian perdamaian, persahabatan dan pertikaian rasmi yang pertama ditandatangani antara Sultan Kedah dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC) yang menegaskan semula hak Kedah ke atas Pulau Pinang dan Seberang Perai.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
ADAT PERKAHWINAN SUNDA

ADAT PERKAHWINAN SUNDA, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Sunda di Jawa Barat, Indonesia. Orang Sunda menganggap perkahwinan adalah sesuatu yang kudus dan harus membawa kebahagiaan kepada pasangan berkenaan. Dalam budaya mereka terdapat satu ungkapan yang berbunyi ‘geus meujeuhan bemen-bemen jeung kurena’ yang menegaskan peri pentingnya seseorang yang sudah akil baligh dan mempunyai pelajaran untuk berkahwin.

 

BUDAYAKonsep
DAULAT

DAULAT, kuasa, kerajaan, empayar, dinasti yang memerintah, pemerintahan negara atau negeri. Daulat berasal daripada kata Arab, ‘daulatun’. Dalam konteks kerajaan, daulat menjadi inti kepada hak individu dan kelompok untuk membolehkan mereka melaksanakan kuasa dan wibawa untuk memerintah. Apabila dihubungkan dengan politik pemerintahan, daulat menjadi unsur pengiktirafan secara lisan, kepercayaan atau tulisan (piagam atau perlembagaan) kepada individu atau kelompok bagi melaksanakan atau menegaskan kuasa atau wibawa terhadap anggota masyarakat sesebuah negeri atau negara.

     

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
WAN MUTAHIRWAN MUTAHIR (  ?  -1863), Bendahara Seri Maharaja Pahang (1857-1863).  Dia ialah putera Bendahara Wan Ali yang telah dinaikkan pangkatnya sebagai Engku Muda pada tahun 1832.  Dia dikahwinkan dengan Tengku Chik, puteri Sultan Ahmad,  dari Terengganu.  Apabila Bendahara Wan Ali meninggal dunia pada tahun 1856, berlaku perang saudara antara anak-anaknya iaitu Wan Mutahir dan Wan Ahmad.  Punca perselisihan berpusat pada surat wasiat yang telah dirangka oleh Bendahara Wan Ali sebelum kematiannya.  Dia menegaskan bahawa putera kesayangannya, Wan Ahmad akan diberi kuasa mengawal Kuantan dan Sungai Endau. Wan Mutahir yang menaiki takhta pada tahun 1857 dengan gelar Bendahara Seri Maharaja tidak mengendahkan amanah ini.  Kegagalan Wan Mutahir menziarahi ayahandanya yang sakit tenat sebelum kematiannya memberikan Wan Ahmad peluang untuk mendapatkan haknya. Dikatakan bahawa Wan Mutahir adalah anak seorang gundik dan sebab itu dia tidak berhak menuntut takhta kerajaan. SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SURAT KEWSURAT KEW, satu dokumen perjanjian yang ditandatangani antara pihak kerajaan Britain dengan kerajaan buangan Belanda di Kew, London.  Pada bulan Januari 1775, Perancis telah menyerang dan menawan negeri Belanda.  Dengan itu Raja Belanda, Raja William V, telah melarikan diri ke England untuk mendapatkan perlindungan.  Di England, dia menubuhkan sebuah kerajaan dalam buangan.  Oleh sebab Belanda adalah sebuah kuasa Eropah yang memiliki banyak tanah jajahan di seberang laut, timbul persoalan siapakah yang harus menguasai milik Belanda tersebut.  Raja Belanda dengan segera mengeluarkan arahan kepada gabenor-gabenor wilayahnya di seberang laut supaya menyerahkan pentadbiran mereka kepada British.  Arahan inilah yang dikenal sebagai Surat Kew (Kew Letters).  Surat Kew menegaskan bahawa semua wilayah jajahan Belanda di seberang laut hendaklah diambil alih oleh British dengan persefahaman bahawa semua ini akan dikembalikan kepada Belanda apabila perang menentang Perancis di Eropah tamat.  Langkah ini terpaksa dilakukan oleh kerajaan Belanda untuk menghalang peluasan kuasa Perancis ke wilayah-wilayah jajahan Belanda di seberang laut.SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan

Kembali ke atas