Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.gur] | منݢور

Definisi : 1. = ~ sapa mengajak berbual-bual (bercakap-cakap, bertanya, dll), menyapa: maka Nenek Kebayan pun segeralah ~ tuanku Malim Deman; 2. mencela, mencerca, meng­kritik: tidaklah pula menjadi salah kpd seseorang pengarang yg ~ langkah-langkah kerajaan dgn secara patut dan sederhana; 3. = menegurkan memberi nasihat, memperingat­kan, menasihatkan, mengingatkan, me-nunjuk ajar: saudara hambalah akan kapit hamba dan bapa hamba akan ~ menga­jar hamba orang muda bebal; 4. meng­ganggu (bkn syaitan, hantu, dll), merasuk: sakit ditegur hantu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.gur] | منݢور

Definisi : 1 = ~ sapa mengajak orang lain berbual-bual atau bercakap-cakap; menyapa: Saya tidak tahu akan sebabnya dia tidak mahu ~ saya. 2 memberikan nasihat; menasihati: Sesudah ditegur oleh ibu dan bapanya, barulah dia rajin belajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tegur
Kata Terbitan : berteguran, menegur, teguran, keteguran,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KETEGURANKETEGURAN, penyakit yang dipercayai berpunca daripada gangguan atau teguran hantu. Penyakit ini wujud dalam rangka kepercayaan warisan masyarakat Melayu, iaitu mempercayai bahawa makhluk halus khususnya hantu, telah menegur manusia dengan tujuan tertentu, misalnya untuk mengusik. Walau bagaimanapun, hanya manusia yang lemah semangat yang biasanya mengalami keteguran.BUDAYAPenyakit

Kembali ke atas