Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nem.bu.si] | منمبوسي

Definisi : 1. menusuk (menikam dll) sampai tembus, menebuk, melubangi: keris ini dapat ~ badan orang; 2. masuk terus (melalui se-suatu), melantas: beberapa butir peluru telah ~ kepala dan dadanya; 3. mere­sap terus ke sebelah yg lain, melantas, merem­bes: matahari membulat ~ kabus tebal di puncak Titi-wangsa; 4. ki meresap masuk (ke dlm hati dll); 5. dapat melantas (per­tahan­an dll), menobros, mendobrak: konvoi dikirim utk ~ kepungan Jerman terhadap kepulauan Inggeris; industri perabot di negara ini dapat diusahakan secara bersepadu utk ~ pasaran eksport secara besar-besaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nem.bu.si] | منمبوسي

Definisi : 1 masuk terus ke sebelah; menusuk sampai tembus: Besi paku sebesar ini tidak dpt ~ papan yg begitu tebal. 2 meresap terus ke sebelah; melantasi: Ada jenis cahaya yg dpt ~ benda-benda keras, spt batu. 3 (dpt) melantasi pertahanan, pasaran dll: Teh jenis itu dpt ~ pasaran antarabangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tembus (kata kerja)
1. Bersinonim dengan berlubang: tembuk, tebuk, bocor, bobos, bolos, lolos, toblos, tobros, bosor, pesuk,

2. Bersinonim dengan masuk terus ke: lantas ke, terus sampai ke,

3. Bersinonim dengan meresap: telap, serap, jerap, kejap,

Kata Terbitan : menembusi,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEROWONG

Terowong ialah laluan bawah tanah. Terowong

digali menembusi bukit dan gunung dan juga di

bawah bandar serta jalan air. Terowong

menyediakan laluan mudah bagi jalan raya dan

landasan kereta api merentangi halangan semula

jadi atau buatan. Terowong juga digunakan dalam

perlombongan untuk sampai ke tempat bahan

galian berharga yang terdapat jauh ke dalam bumi.

Terowong juga digunakan untuk membekalkan

jumlah air yang banyak untuk loji kuasa

hidroelektrik. Sesetengah terowong membekalkan

air tawar untuk pengairan dan minuman. Ada juga

terowong digunakan untuk mengangkut sisa

sistem pembetungan.

UMUM 
TEROWONG LÖTSCHBERG

Terowong Lötschberg ialah terowong

landasan kereta api yang menembusi Bernese Alps

di selatan tengah Switzerland berdekatan dengan

Jungfrau (lihat Switzerland [peta]). Terowong ini

yang dibuka pada tahun 1913, berukuran 14.6

kilometer panjang. Ia sebahagian daripada

landasan kereta api Swiss Lötschberg, yang

sepanjang 74 kilometer dan menghubungkan Spiez

dan Brigue. Sebelum landasan ini sampai di

Kandersteg, iaitu jalan masuk ke terowong ini di

sebelah utara, ia menyeberangi banyak jambatan

dan jejambat dan melalui 38 terowong. Di

Göppenstein, iaitu hujung terowong ini di sebelah

selatan, landasan tersebut menurun ke Rhône

Valley, dan dari situ ia bersambung dengan

Terowong Simplon yang menghala ke utara Itali.

UMUM 
KETUHAR GELOMBANG MIKRO

Ketuhar gelombang mikro ialah

sejenis perkakas yang memanaskan makanan

menggunakan gelombang radio pendek yang

menembusi makanan itu.

UMUM 
ANABLEP

Anablep, juga dikenali sebagai ikan bermata

empat, ialah ikan tropika kecil Amerika yang

berenang di permukaan air. Matanya mencari arah

perjalanan di dalam air. Sebahagian atas matanya

boleh melihat menembusi air. Bahagian bawah

matanya, yang berbeza strukturnya, boleh melihat di

bawah air.

UMUM 
MESMER, FRANZ ANTON

Mesmer, Franz Anton (1734–1815) ialah doktor

Austria yang merintis amalan hipnotisme. Dia

mengembangkan teori yang dinamakan

“kemagnetan haiwan” yang kemudiannya

dinamakan pemukauan (mesmerisme). Mesmer

percaya terdapat cecair misteri yang boleh

menembusi semua tubuh. Cecair ini

membolehkan seseorang itu mempunyai kuasa,

iaitu pengaruh “magnetik” ke atas orang lain.

UMUM 
PERANG KHAYBAR

Perang Khaybar berlaku pada bulan Muharam

tahun ketujuh Hijrah antara umat Islam di bawah

pimpinan Rasulullah s.a.w. dengan kaum Yahudi

Khaybar. Peperangan ini berpunca daripada sikap

orang Yahudi Khaybar dan pemimpin Yahudi

daripada suku Bani Nadir yang merasakan boleh

menggunakan kaum Quraisy dan beberapa suku

Arab yang lain sebagai batu loncatan untuk

menembusi bandar Madinah dengan tujuan

menghapuskan umat Islam. Dengan itu, mereka

memainkan peranan penting dalam peperangan

al-Ahzab. Rasulullah s.a.w. bertekad untuk

menghapuskan bahaya yang mengancam

keselamatan umat Islam.

UMUM 
FLUKS MAGNET

Fluks magnet ialah ukuran kuantiti kemagnetan, iaitu berapa banyak medan magnet dari medan vektor B yang menembusi litar.

FIZIKSifat/Keadaan

Kembali ke atas