Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nem.pa] | منمڤا

Definisi : 1. memukul besi dll utk dijadikan alat (pisau dll), menitik: ~ besi; 2. membuat (keris, parang, dll) drpd logam: bersusah payah ~ sebilah pisau; 3. membentuk (bata, wang, dll), mencetak: tidak boleh kerajaan negeri ~ mata wangnya sendiri; 4. ki mencipta, membuat; ~ sejarah membuat sesuatu yg baharu: Sir Samuel Greig ~ kejayaan ketika berkhidmat dgn pihak berkuasa Rusia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nem.pa] | منمڤا

Definisi : 1 memukul besi dll utk dibuat perkakas (pisau dll); menitik: ~ besi. 2 membuat sesuatu alat drpd logam: ~ parang; ~ keris. 3 mencetak atau membentuk (batu bata dll). 4 mencetak (wang): Kerajaan negeri tidak boleh ~ mata wangnya sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempa (kata kerja)
Bersinonim dengan titik, pukul;,
Kata Terbitan : menempa,

Peribahasa

Pelabur habis,
     Palembang tak alah.

Bermaksud :

Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang habis besi binasa, b. Arang habis binasa, tukang hembus penat saja, c. Penat tukang menempa, besi binasa senjata tak jadi). pelabur = rangsum, catu makanan atau wang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SALMA ISMAIL, TAN SRI

SALMA ISMAIL, Tan Sri (1918 -     ), doktor wanita Melayu yang pertama.  Dia lahir pada 19 Disember 1918 di Alor Setar, Kedah.  Salma telah menempa nama dalam profesion kedoktoran melalui beberapa rangkaian kliniknya yang dikenal sebagai ‘Klinik Salma’.

BUDAYATokoh

Kembali ke atas