Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nem.pah] | منمڤه

Definisi : 1. memesan dgn memberi wang tempah, membeli atau menyatakan tujuan hendak membeli (barang, pakaian, dll) dgn membayar cengkeram: wang telah habis ~ peguam; ~ bidan memesan bidan; 2. menyu­ruh membuat (pakaian dll) dgn ukuran yg tertentu: baju batik yg ditempah di kedainya banyak; 3. ki sengaja mencari (bahaya dll): orang itu sengaja ~ maut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nem.pah] | منمڤه

Definisi : 1 memesan barang-barang dll dgn membayar wang tempah; membeli dgn membayar cengkeram: Wangnya telah habis kerana ~ perabot rumah. 2 menyuruh membuat pakaian dll dgn ukuran yg tertentu: Baju batik yg ditempahnya dahulu sudah siap. 3 ki sengaja mencari (bahaya dsb): ~ maut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempah
Kata Terbitan : menempah,

Puisi
 

Orang Keling berkedai rempah,
     Asam paya melawan cuka;
Sudah nasib tuan menempah,
     Barang dicari kerap berjumpa.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EVANS, SIR GERAINT

Evans, Sir Geraint (1922–1992), penyanyi suara

bariton dari Wales yang menempah kejayaan

antarabangsa sebagai penyanyi opera melalui

suara dan kebolehannya berlakon.

UMUM 
SUMBI GIGIKapsyen          :           Sumbi gigi

 

SUMBI GIGI, penambal gigi yang rosak atau gigi tambahan atau buatan.  Sumbi gigi memainkan peranan penting dalam penjagaan gigi di samping mengemas dan mencantikkan gigi.  Sumbi gigi juga boleh berfungsi sebagai susuk pemanis.  Pada mulanya sumbi gigi ini dibentuk menggunakan logam seperti tembaga, perak dan emas.  Lama-kelamaan ada sesetengah masyarakat elit menempah sumbi gigi menggunakan logam platinum, kerana lebih mahal, kuat dan kelihatan berkilat apabila seseorang itu senyum atau ketawa.  Dengan kata lain, sumbi gigi tidak lagi menjadi penutup bagi gigi yang rosak, sama ada berlubang atau rapuh tetapi mula enjadi penghias wajah pemakainya.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas